Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek: Makluman Keselamatan ICT: Panduan Mencegah Zoom Bombing
Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek: Makluman Keselamatan ICT: Panduan Mencegah Zoom Bombing
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK)
Subjek: Peringatan Mematuhi Arahan Yang Dikeluarkan Oleh Kerajaan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik
Subjek: Infografik Pindaan Tarikh-Tarikh Penting Kemasukan Pelajar Sesi 2020/2021
Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
Subjek: Ucapan Penghargaan Kepada Profesor Dr. Ismail Ibrahim Atas Sumbangan Dan Jasa Bakti
Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Pengumuman Bagi Para Pelajar Untuk Mengemaskini Data Akaun Pelajar Dalam Sistem SMP
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pembayaran bantuan one-off sebanyak RM200 kepada pelajar Universiti Awam (UA) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020. Kerajaan mencadangkan peruntukan ini diberikan kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi dan akan dibayar pada bulan Mei 2020.
Untuk makluman, bantuan ini dipertimbangkan untuk pelajar Warganegara Malaysia yang berstatus aktif atau berdaftar pada semester 2-2019/2020.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Kewangan Pelajar Jabatan Bendahari memohon agar pihak tuan/puan dapat melengkapkan maklumat peribadi dalam Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (https://smp.ums.edu.my/ ) untuk dikemukakan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti berikut:
Þ Nama Bank
Þ No. Akaun Bank
Þ No. Telefon
Þ Alamat e-mel
Kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai untuk melengkapkan maklumat tersebut selewat-lewatnya pada hari rabu, 8 April, 2020, jam 10.00 pagi agar dapat dikemukakan kepada pihak kementerian pada hari yang sama.
Pelajar yang gagal mengemaskini maklumat berkaitan akan mengakibatkan Bantuan One-Off RM200 ini tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank pelajar.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768