Pengumuman daripada : Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Kualiti Akademik (PKPKA)

Subjek : Pemakluman Pelanjutan Tarikh Akhir Penyertaan Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (AKIPP) Tahun 2020
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
YBrs. Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Tarikh Akhir Penyertaan Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (AKIPP) Tahun 2020 telah dilanjutkan kepada 15 APRIL 2020 (RABU)
 
Penghantaran borang penyertaan beserta Portfolio dan bahan-bahan yang berkaitan adalah dalam bentuk softcopy ke alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan di atas.
 
Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh diajukan terus kepada Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Kualiti Akademik (PKPKA) melalui pegawai yang disenaraikan di bawah :

1) Dr. Rahmawati Pare - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2) Puan Zuraini Hamdin - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3) Puan Noor Kasyfe Aidi - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Perhatian dan kerjasama yang diberikan amat diharapkan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian dan harap maklum.

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

Subjek: Kaji Selidik Aksesibiliti Pelajar Kepada Capaian Internet Dan Sistem Pengurusan Pembelajaran

Para pelajar yang dihormati,

Salam sejahtera daripada Pusat E-Pembelajaran (PEP), Universiti Malaysia Sabah. Pihak kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya adalah lancar dan aktif semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerjasama anda diperlukan untuk melengkapkan kaji selidik ini berkaitan akses internet dari lokasi anda.

Sila jaga keselamatan dan duduk di kediaman masing-masing.

Terima kasih.

Salam hormat,

Pusat E-Pembelajaran

Announcement From: Academic Services Division

Subject: Student Accessibility To Internet Connection And Learning Management Systems (LMS)

Dear respected students,

Greetings from the team at the Centre for E-learning, Universiti Malaysia Sabah. We will strive to do our level best to ensure that the UMS learning management systems (LMS) remain functional and active during the current Movement Control Order (MCO). We need your support to complete this short survey related to your internet accessibility from your respective locations.

Please stay safe and stay at home.

Thank you.

Best regards,

Centre For E-Learning