Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia

Subjek:  Anugerah Tokoh Kepimpinan UMS bagi tahun 2019

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

PENCALONAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.     

Anugerah Tokoh Kepimpinan merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Universiti Malaysia Sabah. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap sesuatu pencapaian yang cemerlang dan sumbangan kakitangan yang diakui mencapai tahap terbilang dalam kepakaran masing-masing serta mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, penerima anugerah ini akan diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) pada tahun 2020.

Sehubungan itu, mohon kerjasama untuk mewar-warkan borang pencalonan bagi anugerah ini kepada kakitangan di jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Anugerah Tokoh Kepimpinan UMS dan Borang Pencalonan (Lampiran A) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pencalonan adalah bermula pada 20 Dis 2019 sehingga 13 Jan 2020.

Untuk maklumat lanjut pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Ismail Ladama, Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia di talian samb: 1444.

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Pendaftar

Subjek: Pekeliling Cuti Tambahan Sempena Hari Krismas

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 11 Tahun 2019 yang dengan sendiri menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan lanjut pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

  1. Mohon perkara ini dipanjangkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).

 

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 Sekian.

Pengumuman Daripada: Pusat Rawatan Warga Ums

Subjek: Pengumuman Waktu Perkhidmatan PRW Semasa Cuti Krismas Dan Tahun Baru

 

Waktu perkhidmatan Pusat Rawatan Warga UMS semasa cuti Krismas dan Tahun Baru bermula 23/12/2019 – 5/1/2019 adalah seperti ketetapan berikut

 

Isnin – Sabtu: 8 pagi – 5 petang

Ahad dan Cuti Am: tutup