Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

Subjek: Jemputan Menghadiri Majlis Perutusan 100 Hari Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Perutusan 100 Hari Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 11 Disember 2019 (Rabu)

Masa: 8.30 Pagi

Tempat: Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah

Segala kerjasama serta kehadiran pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik Dan Komunikasi Korporat

Subjek: Penutupan Sementara Galeri Majlis Di Bangunan Canselori

 Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Galeri Majlis di Bangunan Canselori ditutup buat sementara waktu bermula pada 3 Disember 2019 sehingga 13 Disember 2019 untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Jaringan Industri Dan Komuniti

Subjek: Hebahan Permohonan Menyertai AIxCHANGE: CEO@Faculty Programme 2.0 Fellow Cycle 3

Semua permohonan perlu mendapatkan kebenaran daripada Dekan/Ketua Jabatan masing-masing.

Sila hubungi : Cik Harniwaty Ahmad Ali (Penolong Pendaftar Kanan) Ext: 612206 / Pn. Aliana Amin (Pembantu Tadbir) Ext: 612207