Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
Yuran: RM50.00 sahaja
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif 

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang berkualiti, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif memohon jasa baik YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk memberi maklum balas perkhidmatan dengan mengisi borang soal selidik melalui Kod QR tertera atau pautan : https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=210&key=ASTiF 
 
Perhatian dan maklum balas YBrs. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan berikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEGERA BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PANGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan segera bekalan elektrik Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
 
         Tarikh         :         16hb November 2024 (Sabtu)
         Masa           :         8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
         Bangunan   :         KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
         Tujuan        :         Kerja-kerja penyambungan segera kabel elektrik.
 
Kerja-kerja ini perlu dilaksanakan segera untuk melengkapkan penyambungan agihan bekalan elektrik dari dua incomer feeder iaitu di pencawang DKP 2 dan KKTPAR. Kegagalan penyiapan kerja ini akan mengganggu penyiapan Projek Pencawang Pengagihan Universiti (PPU) 33kV.
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak tuan/puan boleh lah berhubung terus dengan Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP  (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).  
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
 
Sekian, harap maklum.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

Assalamualaikum WBT
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Kaunter Unit Zakat Pusat Islam UMS kini dibuka:
Tarikh : Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat : Pusat Islam UMS
 
Perkhidmatan disediakan:-
✅ Kutipan Zakat (Pendapatan/Penggajian/Emas/Perniagaan/Dll)
✅ Semakan dan taksiran zakat Penggajian
✅ Perundingan dan khidmat nasihat berkaitan zakat
 
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.“ (At - Taubah 103)
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara dalam talian, Sila hubungi:
Encik Malik Hanafi (https://wa.me/60168264760)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik Noorfazlina (https://wa.me/60138085856)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
 
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMShare