Pengumuman Daripada
: Fakulti Komputeran dan Informatik
Subjek
Borneo Cyber Security Challenge 2017
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Informatik dengan kerjasama dengan SKMM akan mengadakan Borneo Security Cyber Challenge 2017 pada bulan April ni.
 
 Acara ditetapkan seperti berikut: 
Tarikh
: 8 & 9 April 2017
Masa
: 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat
: Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah
 

PENGUMUMAN DARIPADA    :     SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
SUBJEK  :     JEMPUTAN MENYERTAI ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2017 (AHIN2017)
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa, kerajaan telah mengisytiharkan 26 April sebagai Hari Harta Intelek Negara (HHIN) mulai tahun 2005. Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) mula diperkenalkan pada tahun 2006 bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada perekacipta harta intelek atas sumbangan harta intelek mereka. Pada tahun 2017, salah satu kategori AHIN2017 yang dipertandingkan adalah Kategori Paten.
 
Sehubungan itu, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk menyertai AHIN2017. Bersama ini dilampirkan iklan AHIN2017 daripada pihak penganjur untuk makluman serta rujukan lanjut di pihak  YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Syarat dan peraturan serta borang penyertaan boleh diperolehi melalui laman web www.myipo.gov.my.
 
Setiap penyertaan hendaklah dihantar melalui Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) selewat-lewatnya pada  4 April 2017 (Selasa). Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
 
Urusetia MyIPO :  1. Pn. Emy Nadia Johari - No. Tel : 03-2299 8433, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
                                 2. Cik Nor Intan Pamin - No. Tel : 03-2299 8692, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
                                 3. En. Anis Nurhanan Ahmad - No. Tel : 03-2299 8447, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
                         
Pegawai PPI     : 1. Dr. Azaze @ Azizi Haji Abdul Adis - No. samb. : 1171, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
                          : 2. Pn. Rozaidah Amir Hussein – No. samb. : 1631, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT

SUBJEK: PAUTAN KE PORTAL MyHEALTH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Tuan\Puan,
 
Merujuk kepada perkara di atas, Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat untuk meluaskan lagi penyampaian maklumat kesihatan kepada masyarakat umum menerusi internet.
 
Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Pendidikan Kesihatan telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan Portal MyHEALTH seterusnya bersama-sama KKM dalam usaha memastikan visi perkhidmatan kesihatan tercapai.
 
Oleh yang demikian, jasa baik daripada pihak tuan/puan adalah dipohon untuk meletakkan pautan di portal pihak tuan/puan ke Portal MyHEALTH (http://www.myhealth.gov.my/). Ini bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian maklumat kesihatan kepada masyarakat umum secara berkesan dari segenap arah. 
 
Bersama-sama ini disertakan logo MyHEALTH (sebagai logo pautan) dan risalah untuk menerangkan lebih lanjut maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di portal MyHEALTH. 
 
Segala komitmen dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan/puan diharap akan menjayakan usaha murni ini sekaligus meningkatkan kepercayaan masyarakat umum terhadap Portal MyHEALTH sebagai sumber maklumat kesihatan yang komprehensif, boleh dipercayai, tepat dan terkini yang merangkumi aspek pencegahan, rawatan dan pemulihan yang dibangunkan oleh pakar tempatan.