Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Makluman Penutupan Sementara Perkhidmatan Kaunter Pelekat dan Saman di Bahagian Keselamatan
Pegawai dihubungi
: Insp/PB Rakam Singh A/L Karam Singh Samb. 5144
: Puan Marliana John Samb. 1783
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami akan membuka Kaunter Pelekat dan Saman di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sempena Program Hari Bertemu Pelanggan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni pada 16-17 November 2016.
 
Sehubungan itu, Kaunter Pelekat dan Saman di Bahagian Keselamatan akan ditutup pada tarikh tersebut.
 
Kaunter Pelekat dan Saman akan beroperasi semula seperti sedia kala pada 18 November 2016.
 
Waktu operasi Kaunter Pelekat dan Saman bermula pada jam 8.00 Pagi hingga 4.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111.
 
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali dan disusuli permohonan maaf.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, harap maklum.

Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: Jemputan Ke Program CEO @ Fakulti Syarahan Perdana Oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
 
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
 
Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Program CEO @ Fakulti Syarahan Perdana bertajuk “Transformasi Perkhidmatan Awam” yang disampaikan oleh YBhg. Tan Seri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
 
Tarikh
: 22 November 2016 (Selasa)
Masa
: 8.30 pagi
Tempat
: Dewan Canselor
 
Sehubungan itu, kehadiran Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah DIWAJIBKAN. Sebarang ketidakhadiran perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pendaftar. Bagi kakitangan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dan Fakulti Pertanian Lestari (FPL), syarahan tersebut boleh diikuti menerusi Video Conference. Kehadiran pada program ini akan diberikan mata IDP. Bersama ini dilampirkan atur cara program untuk rujukan dan tindakan selanjutnya Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Penutupan laman sesawang Untuk Tujuan Penyelenggaraan
 
Dimaklumkan bahawa capaian ke laman web rasmi UMS ditutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan.
 
Tarikh: 14 November 2015
Masa: 7.00 pagi - 1.00 petang
 
Dijangkakan akan berlaku gangguan capaian ke semua website di bawah domain UMS sepanjang aktiviti penyelenggaraan dilakukan.
 
Segala kesulitan amat kami kesali.