Pengumuman Daripada
: Jawatankuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Malaysia Sabah
Pegawai Dihubungi
Cik Earlene Kasamira V. Bt Edham (013-852 9292) Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)
Subjek
Kempen Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) 5 Minit Setiap Hari
 
 
KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) 5 MINIT SETIAP HARI
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan April 2017. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Matlamat ini adalah selaras dengan KRA4 : Memperkukuh Sistem Penyampaian dan seiring dengan lonjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 iaitu Ekosistem Inovasi.
 
3.   Sehubungan itu, bagi menjayakan pensijilan tersebut, dimohon kerjasama semua Ketua Jabatan bagi setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit agar dapat melaksanakan aktiviti EKSA sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari mengikut waktu yang bersesuaian.
 
Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi
: Urus Setia Penyelidikan, samb; 1034/4146/1065
Subjek
: Makluman Permohonan Penyelidikan Bagi Skim Geran Kolaborasi Penyelidikan Di Antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Geran Kolaborasi Penyelidikan di antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk Projek Regional Cluster for Research and Publication (RCRP) telah dibuka.
 
Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dimohon untuk mengemukakan kertas cadangan mengikut format yang dilampirkan, dan mengemukakan kertas cadangan tersebut kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sebelum atau pada 22 November 2016 (Selasa).
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Subjek
: Gangguan Capaian Internet Universiti
 
Dimaklumkan bahawa capaian internet Universiti akan mengalami gangguan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian pada ketetapan berikut:
 
Tarikh   :     2 November 2016 (Rabu)
Masa     :     1.00 tengahari – 2.00 petang
 
Dijangkakan capaian bagi sistem-sistem dalaman Universiti tidak terjejas dan hanya akan berlaku gangguan perkhidmatan internet sepanjang aktiviti penyelenggaraan dilakukan.
Segala kesulitan amat kami kesali.