Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

Pengumuman Daripada: Pusat Alumni, UMS

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Jaringan Alumni (ANC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) ingin menjejaki alumni ITM/UITM yang bekerja di setiap Universiti Awam (UA) untuk mendaftar di MyAlumni UiTM.
Sehubungan itu, kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang merupakan alumni ITM/UITM adalah dimohon untuk mendaftar melalui pautan dan QR Code pendaftaran MyAlumni UiTM.
Pautan : https://alumniuitm.uitm.edu.my/
Panduan dan langkah-langkah untuk mendaftar di MyAlumni boleh merujuk pada pautan ini https://alumni.uitm.edu.my/images/Downloads/PANDUAN_PENDAFTARAN_MYALUMNI.pdf
Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar, UMS

🗓️ : 27 Januari 2022 (Khamis)
⏰ : 2.30 petang
📲🖥️💻 : Secara atas talian melalui Webex UMS (shorturl.at/rtDX5)
🗣️: Lt. Kolonel Abdul Talib Bin Arifin, Ketua Bahagian Keselamatan, UMS
Kehadiran pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
✅ Terbuka kepada semua kakitangan UMS
✅ Mata IDP akan diberikan
Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan Dan Pemakanan, UMS

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi Dan Pengkomersialan, UMS

PEMAKLUMAN:
PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 (PPRN) BAGI TAHUN 2022
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan pembukaan permohonan geran pada 14 Januari 2022. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.
Pemohon adalah dipohon untuk mengambil perhatian dan mematuhi tarikh-tarikh penting permohonan seperti berikut:
Tempoh Permohonan Projek PPRN 2.0 | : | 14 – 28 Jan 2022 |
Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Cadangan Softcopy/Hardcopy ke PPIP (perlu dapatkan pengesahan Dekan/TD P&I FAIP) | : | 28 Jan 2022 (jam 4.00 petang) |
Saringan dan Semakan Peringkat PPIP | : | 29 - 31 Jan 2022 |
Tempoh Permohonan dalam Sistem PPRN | : | 01 - 06 Feb 2022 |
Tempoh Penilaian Dalaman | : | 07 - 11 Feb 2022 |
Tempoh Penambahbaikan | : | 12 - 13 Feb 2022 |
Tarikh Akhir Pengesahan pihak PPIP | : | 14 Feb 2022 |
Dilampirkan bersama ini, pautan Google Drive: https://tinyurl.com/pprnums, yang merangkumi Garis Panduan PPRN, Borang Permohonan, Slaid Taklimat PPRN 2022, Slaid Penggunaan Sistem epprn, dan Rakaman Video Taklimat untuk makluman dan rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut:
Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun (samb. 100942, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pn. Aqilah Afendy (samb: 120834, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pn. Marliana John (samb: 101861, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
![]()
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768