PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN  PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI KURSUS JARAK JAUH SECARA ATAS TALIAN (DISTANCE LEARNING) ANJURAN WIPO BAGI TAHUN 2019
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak WIPO Academy telah membuka pendaftaran kepada ahli TISC untuk menyertai kursus jarak jauh secara atas talian (Distance Learning) bagi tahun 2019. Dibawah kerjasama TISC, pihak WIPO akan menanggung kos pendaftaran dengan memberikan biasiswa bagi setiap kursus yang berjaya disertai. Tiada had kuota bagi pendaftaran peserta, namun penyertaan tertakluk kepada kelulusan pihak WIPO dan setiap peserta hanya boleh mengambil maksima 2 kursus dalam satu masa.
 
Sehubungan itu,  YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut dan memaklumkan kepada pihak PPPI sekiranya telah mendaftar. Turut dimaklumkan bahawa, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memberikan komitmen serta menghabiskan latihan sekiranya memilih untuk meyertai latihan tersebut. Kursus tesebut akan berlangsung secara online dan diakhir kursus akan diadakan Peperiksaan (Objektif/ Subjektif). Setiap peserta yang menamatkan peperiksaan dengan jayanya akan diberikan Sijil Penyertaan (Digital) oleh pihak WIPO.
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan hendaklah melengkapkan borang WAJIB di laman web WIPO, https://welc.wipo.int/index_en.php. Bagi memudahkan pendaftaran, sila rujuk Lampiran 1 untuk Tatacara Pendaftaran serta Lampiran 2 untuk maklumat berhubung IP Office dan Director of IP Office. YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal sekiranya berminat memandangkan tempat adalah terhad.
 
Jadul Latihan kursus Distance Learning serta tarikh mula berkursus boleh didapati melalui laman sesawang https://welc.wipo.int/acc/index.jsf. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
 
1.    Pegawai TISC Malaysia : Puan Nor Shafiza Md. Isa, Tel; 03-2299 8589 / En. Mohamed Ikhwan bin Shadzul Bakri, Tel; 03-2299 8481 atau melalui Emel; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
2.    Urusetia TISC UMS : Prof. Madya Dr. Homathevi Rahman (No. samb: 613803, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)/ Pn. Rozaidah Amir Hussein (No. samb: 613806, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SUBJEK : KAJI SELIDIK DARJAH KEGEMBIRAAN KAKITANGAN UMS TAHUN 2019
 
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa kaji selidik darjah kegembiraan untuk tahun 2019 kini boleh diakses melalui pautan berikut;
 
 
Semua warga UMS dijemput untuk mengisi kaji selidik ini. Kegembiraan anda keutamaan kami.
 
Terima kasih.
 
****************************************************************************************************
 
ARE YOU HAPPY WORKING IN UMS?
"Your Happiness Is Our Priority"
 
Please answer the UMS Happiness Index survey through this link : https://hronline.ums.edu.my/happiness
 
1 IDP Point will be given.
 
Thank you.

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN HUBERT CURIEN PARTNERSHIP – HIBISCUS (PHC-HIBISCUS) TAHUN 2019
 
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.      Untuk makluman YBhg.Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAIR) merupakan inisiatif KPM dalam mengukuhkan penyelidikan Malaysia melalui kerjasama penyelidikan bersama industri dan antarabangsa. Kerjasama penyelidikan yang dilaksanakan di bawah MyPAIR merupakan pelaksanaan projek secara bersama dengan rakan kerja daripada sektor industri mahu pun antarabangsa. Kerjasama penyelidikan dicapai melalui perkongsian kepakaran, sumber, peralatan dan infrastruktur dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan.
 
3.      Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Ministry of Europe and Foreign Affairs (MEAE) dan Ministry of National Education, Higher Education and Research (MESRI) Perancis telah bersetuju untuk melaksanakan Hubert Curien Partnership – Hibiscus (PHC-Hibiscus) di bawah program MyPAIR. Permohonan PHC-Hibiscus Tahun 2019 akan dibuka mulai 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019 melalui Malaysia Greater Research Network Systems (MyGRANTS).
 
4.      Pihak universiti adalah dipohon untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:
 
4.1. Permohonan hendaklah dilaksanakan melalui MyGRANTS;
4.2. Permohonan perlu diisi dalam Bahasa Inggeris;
4.3. Penyelidik perlu memasukkan senarai penyelidik bersama dari Perancis dalam permohonan yang dikemukakan;
4.4. Syarat permohonan dan peraturan kewangan perlu dirujuk kepada Garis Panduan PHC-Hibiscus yang disertakan; dan
4.5. Permohonan perlu diperaku oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan dimajukan kepada urus setia melalui MyGRANTS sebelum atau pada15 Mac 2019 jam 11.59 malam (Jumaat).
 
5.      Bersama-sama ini dikemukakan garis panduan bagi permohonan PHC-Hibiscus Tahun 2019. Kerjasama dan perhatian YBhg.Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
 ---------------T.T-----------------
(PROF. DR. RAHA BINTI ABDUL RAHIM)
Pengarah
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT
b.p. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 
 
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:
1.) Puan Siti Fazlina Mohd Sani : 03-8870 6959
2.) Puan Nur Farahin Fazira Mohd Munim : 03-8870 6968
 
Unit Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya
No. Tel: 03-8870 6974/ 6975
No. Faks: 03-8870 6867
 
 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
Subjek: Penutupan Perpustakaan Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2019
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
 
05 & 06 Februari 2019 (Selasa dan Rabu) –  Cuti Tahun Baru Cina
 
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
http://library.ums.edu.my atau ezproxy.ums.edu.my/login