Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data Kecerdasan Buatan (DARTIC), UMS

 

Dimaklumkan bahawa Sistem Data Warehouse UMS (DWH) akan mengalami gangguan capaian disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan  dan pengemaskinian Sistem Pengoperasian Pelayan (Server) DARTIC pada Tarikh dan masa berikut:

 

Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sistem akan mengalami gangguan sementara.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian dan Terima Kasih, 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan 

 

 

Anugerah Harta Intelek, Pengkomersialan, dan Perundingan (AHIPP 2024)
 
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) dengan bangganya memaklumkan bahawa Anugerah AHIPP akan diadakan pada 2 Ogos 2024 di Kompleks Dewan Kuliah ke-2, Universiti Malaysia Sabah sempena Majlis Penutupan dan Penyampaian Anugerah Ekspo Kecemerlangan Reka Cipta (EXCOCIPTA 2024)
 
Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam penghasilan harta intelek, pengkomersialan, dan perundingan. Anugerah ini merupakan platform penting untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa dan sumbangan signifikan dalam menyumbang penjanaan kewangan kepada Universiti.
 
#leadingtowardsinnovativesocieties #excocipta2024 #AHIPP2024

 

Pengumuman Daripada:  Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Selaras dengan pengumuman YB Menteri Sumber Manusia di majlis perasmian #COSH2024 bagi inisiatif melatih pemberi pertolongan cemas kesihatan mental pekerjaan atau Occupational Psychological First Aider, Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH UMS) dengan kerjasama Niosh Malaysia ingin mempelawa warga UMS (Kakitangan/Pelajar) untuk mengikuti kursus seperti ketetapan berikut ;
 
Pendaftaran awal boleh dibuat di portal e-Daftar melalui pautan https://edaftar.niosh.net.my/mhfa_register/ums
(Tarikh akhir pendaftaran adalah 5 Ogos 2024)
 
📌 Tajuk : Mental Health Awareness - Kursus Occupational Psychological First Aider (PFA)
 
📆 Tarikh : 27 Ogos 2024 (Selasa)
 
⏰ Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Petang
 
💻 Medium Penyampaian : Secara Atas Talian (Zoom)
 
▶ Penceramah: NIOSH Malaysia

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 

📢📢🔊 🔊🔊HEBAHAN KIDNEY RUN FOR CHARITY 2024 🏃🏻‍♀🏃🏼‍♂
 
Jom semua sertai "Larian Kidney Run For Charity 2024"
 
Tarikh: 16 November 2024 (Sabtu)
Masa: 6.30 pagi (Flag Off)
Tempat: Padang Kawad UMS
 
Kategori Larian:
 
Women Open
Women Veteran
Men Open
Men Veteran
 
Jarak Larian:
3 KM
10 KM
 
Yuran Penyertaan:
Early Bird (sehingga 15 September 2024)
 
3 KM: RM65
10 KM: RM75
 
Harga Biasa (pendaftaran terakhir *pada 30 September 2024):
 
3 KM: RM75
10 KM: RM85
 
Pelajar:
3 KM: RM50
10 KM: RM60
 
Pakej Larian termasuk:
1)T-Shirt
2) Bib
3)Medal
 
Hadiah:
 
💸💸🥇🥈🥉Wang tunai untuk tempat pertama hingga ketiga
🎁🎁Hamper untuk tempat keempat hingga kesepuluh bagi kategori 10km
 
Pendaftaran:
Sila daftar menggunakan kod QR yang terdapat pada poster atau hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut.
 
Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Sokongan anda amat bermakna dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan dana bagi pesakit buah pinggang. Jangan lepaskan peluang ini untuk berlari sambil beramal🤗🥰