Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan, 
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Bersama ini disertakan infografik berkaitan Pengemaskinian Keperluan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order - HSO) Melalui HROnline untuk rujukan dan hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing. 
 
Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf

 

Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW) menasihatkan kepada semua Pusat Tanggungjawab untuk mematuhi panduan pelantikan penyewa bagi sewaan ruang dan kemudahan di Pusat Tanggungjawab yang diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), Universiti Malaysia Sabah dan Panduan Permohonan Penilaian daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Bagi Ruang dan Kemudahan di Pusat Tanggungjawab, Universiti Malaysia Sabah

 

Terima Kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf 

 

Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) menasihatkan kepada semua Pusat Tanggungjawab untuk mematuhi panduan pelantikan dan pelanjutan kontrak penyewa bagi sewaan ruang dan kemudahan di Pusat Tanggungjawab, Universiti Malaysia Sabah.

 

Hebahan sebelum ini telah dibuat pada 4 Januari 2024. Terima Kasih.