Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan,

 

TAWARAN MENGIKUTI RESEARCH FELLOWSHIP PROGRAM 2023 - ACID DEPOSITION MONITORING NETWORK IN EAST ASIA (EANET) DI ASIA CENTER FOR AIR POLLUTION RESEARCH (ACAP), NIIGATA, JEPUN

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2.        Untuk makluman puan/tuanAcid Deposition Monitoring Network in East Asia (EANET) merupakan satu jaringan kerjasama antara kerajaan (inter-governmental network) negara-negara ahli dalam memantau pemendapan berasid di Asia Timur selaras dengan inisiatif Kerajaan Jepun serta pandangan beberapa mesyuarat pakar mengenai isu pemendapan berasid di rantau Asia Timur sejak tahun 1993. Malaysia merupakan antara 13 buah negara ahli kepada EANET iaitu Kemboja, Republik Rakyat China, Filipina, Indonesia, Jepun, Lao PDR, Mongolia, Myanmar, Republik Korea, Rusia, Thailand dan Vietnam. Penyertaan Malaysia dalam program dan aktiviti EANET telah memberi pelbagai manfaat kepada pegawai-pegawai teknikal, penyelidik dan penggubal dasar antaranya berkaitan perkongsian data-data mengenai pemendapan berasid, pertukaran teknologi, bantuan pakar penyelidik pemendapan berasid dan pembangunan keupayaan (capacity building).

 

3.   Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim selaku National Focal Point (NFP) bagi EANET di Malaysia telah menerima pelawaan daripada Asia Center for Air Pollution Research Center (ACAP) bagi pencalonan mengikuti Research Fellowship Program 2023. Semua pencalonan dari negara-negara ahli akan dipertimbangkan secara terperinci berdasarkan tema dan fokus kajian bagi pemilihan tiga (3) calon akhir untuk melaksanakan penyelidikan di ACAP, Niigata, Jepun selama 8 minggu dalam tempoh Ogos hingga Disember 2023.

  

4.     Sehubungan itu, Kementerian ini memohon kerjasama pihak puan/tuan untuk memanjangkan tawaran ini kepada para penyelidik/ pensyarah di institusi pendidikan tinggi yang berkaitan. Setiap permohonan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan (Annex 1) ke alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 12 Julai 2023 (Rabu). Projek penyelidikan yang dicadangkan hendaklah berkaitan dengan mana - mana topik yang telah disenaraikan dalam Annex 2. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak puan/tuan boleh menghubungi penyelaras seperti berikut:

 

(i)          Puan Mazrini binti Mohmad

        E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  | Tel: 03-8091 7048 / 016-233 5559

 

(ii)        Puan Zafirah binti Mohamad Nor

        E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  | Tel: 03-8091 7065 / 017-637 6879

 

5.  Kerjasama dan perhatian pihak puan/tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“MALAYSIA MADANI”

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menjalankan amanah,

ZAFIRAH BINTI MOHAMAD NOR

Bahagian Pengurusan Alam Sekitar

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

*Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |(03-80917065

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN: UNODC Youth Forum 2023 Outcome Report and Nominations for Youth Forum 2024

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi menerima emel daripada Malawakil Vienna melalui Kementerian Luar Negeri berkenaan pencalonan Youth Forum bagi tahun 2023 yang diadakan pada 13-15 Mac 2023 yang lalu di Vienna, Austria. Youth Forum merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) yang mempunyai objektif utama untuk mengumpulkan remaja yang dicalonkan oleh Negara Anggota aktif dalam bidang pencegahan penggunaan dadah serta mempromosikan kesihatan dan pemerkasaan belia dari seluruh dunia.

 

 3.  Sehubungan dengan itu, di pohon pihak tuan/puan menghebahkan perkara ini dikalangan pelajar yang berumur diantara 14 hingga 23 tahun yang berminat  untuk menghadiri Youth Forum bagi tahun 2024 dan mengemukakan dua (2) pencalonan beserta biografi calon kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewatnya pada 04 Ogos 2023 (Jumaat) untuk penyelarasan di peringkat Kementerian. Untuk makluman  dua (2) orang remaja yang terpilih akan mewakili Malaysia ke forum antarabangsa tersebut. Di lampirkan juga A copy of Note seperti Questions and Answers (Q&A) sebagai rujukan.

- UNODC Announcement

- Q & A UNODC Youth Forum 2024

- Youth Forum Report 2023

Kerjasama dan keprihatinan Tuan/ Puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian

 

“MALAYSIA MADANI"

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,


NURUL ADILLA BINTI ABDUL HALIM
Bahagian Hubungan Antarabangsa | International Relations Division
Kementerian Pendidikan Tinggi | Ministry of Higher Education
Putrajaya, MALAYSIA
Telephone: +603 - 8870 5390
Fax: +603 - 8870 6817
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

 

Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk.

 

Bersama ini dilampirkan Takwim Jerayawara Penghantaran Laporan Akhir Sistem MyGRANTS bagi Projek Penyelidikan di Bawah Dana Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT) Tahun 2023 untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

 

Segala kerjasama dan perhatian pihak YBrs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

 

YBrs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk.

 

Bersama ini dilampirkan Takwim  Penghantaran Laporan Pemantauan bagi Projek Penyelidikan di Bawah Dana Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT)  Tahun 2023  untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

 

Segala kerjasama dan perhatian pihak YBrs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.