Pengumuman Daripada: Kelab Kebajikan dan Rekreasi Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (KKRFPEP) UMS

 

SEMINAR KKRFPEP No 2/2024
 
YBhg Prof Datuk/ Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan
 
Assalamualaikum WBT. Kelab Kebajikan dan Rekreasi Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (KKRFPEP) UMS akan menganjurkan seminar "Hak Wanita Islam dalam Harta Pusaka’ pada ketetapan berikut: 
 
Tarikh: 29 Mei 2024 (Rabu) 
Masa: 10 pagi - 12 tengahari 
Webex Link: https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m3bc42f2c16935ccc7e6fef6980c83429
 
Penceramah: Puan Hajah Siti Alwiah Daud (Peguam & Konsultan Pengurusan Harta Pusaka) 
 
Seminar ini adalah percuma dan akan diadakan secara dalam talian. Diharap semua dapat hadir bersama, kehadiran semua akan memeriahkan lagi seminar ilmu yang diadakan oleh KKRFPEP. 
 
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi secara langsung dengan: 
Dr. Shaierah Gulabdin (0149515668)
 
Ikhlas daripada, 
Kelab Kebajikan dan Rekreasi Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (KKRFPEP) UMS
 
PS: Mata IDP akan diberikan ✅

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP)

 

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) dengan kerjasama industri akan mengadakan pelbagai program pembangunan kerjaya sepanjang Jun 2024. Usaha ini bertujuan meningkatkan ilmu dan pengetahuan peserta mengenai peluang kerjaya, peluang latihan industri dan wadah untuk bersemuka dengan wakil industri yang terlibat.
 
3.    Bersama ini dilampirkan poster dan maklumat lanjut program untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak fakulti. Pihak fakulti dimohon agar dapat melibatkan minimum 10 orang pelajar tahun akhir pada ketetapan seperti di lampiran. 
 
PAUTAN PENDAFTARAN
 
✅ Terbuka kepada bakal graduan 2024 & 2025
 
✅ Terbuka kepada semua pemimpin pelajar (ahli MPP, JAKMAS, PERSATUAN & KELAB)
 
✅ Terbuka kepada semua pelajar
 
✅ Terbuka kepada bakal graduan 2024 & 2025
 
✅ Terbuka kepada bakal graduan 2024 & 2025
 
4.    Segala usaha dan kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan Puan Nor Hana (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
 

 

Pengumuman Daripada: Persatuan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS)

 

Brosur Persidangan Pengurusan dan Profesional Kinabalu VI 
Assalamualaikum wbt. / Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) akan menganjurkan Persidangan Pengurusan dan Profesional Kinabalu VI (PPPK-VI) tahun 2024 seperti berikut; 
 
Tarikh : 29-30 Julai 2024 (Isnin-Selasa)
Tempat : The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu
Tema : ‘Catalyzing Leadership: Driving Positive Change in a Dynamic World’
Yuran Penyertaan : RM1,300.00 (Penyertaan Awal : RM1,200.00 sehingga 31 Mei 2024)
 
Oleh itu, PPUMS ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai Persidangan Pengurusan dan Profesional Kinabalu VI Tahun 2024.
 
Borang pendaftaran penyertaan adalah seperti pada pautan berikut:
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urus setia: 
(i)   Puan Nurhani Sugianto
      Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
(ii)  Puan Norliza Abdullah                
       Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
(iii) Puan Nuraliah Alias                 
       Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.