Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

JOM KLIK HASIL BERSAMA LHDN DENGAN KERJASAMA JABATAN BENDAHARI

TAJUK : RAHSIA JIMAT CUKAI

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari dengan kerjasama Lembaga Hasil dan Negeri (LHDN) akan mengadakan taklimat seperti di atas pada:

 

📆 Tarikh     : 22 Mac 2023 (Rabu)

🕝 Masa      : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

🛰 Pautan Webex : http://shorurl.at/dgixS

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dialu-alukan untuk membuat pendaftaran kehadiran di pautan https://forms.gle/JfMUiGA4TtZhNZzG9

 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Urusetia seperti berikut:-

📱www.wasap.my/6013-8528812 

📞088-200519

🖥️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

(Seksyen Perkhidmatan Kakitangan)

 

Dipelawa kepada semua warga UMS.

Markah IDP akan diberikan kepada peserta yang hadir.

 

🔊 Bah, jom sertai beramai-ramai taklimat daripada LHDN 🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♀️

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

 

Bah! Jom Sertai.

 

PROGRAM 3S: STEM SPEAKER SERIES

 

 📔 Tajuk: Sampah Marin

📍 Tempat: U-Science UMS, Aras Bawah, Bangunan Perpustakaan

🗓️ Tarikh: 21 Mac 2023

📆 Hari: Selasa

🕰️ Masa: 10:30 Pagi - 11:30 Pagi

 

🔗 YouTube Live

Pautan Link: https://youtube.com/live/0hUu7lDj6A0

 

🆓 Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua.

 

Anjuran U-Science UMS dengan Sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah

 

Jom Follow:

 

Facebook: https://www.facebook.com/Uscience-UMS-107059204930998/ 

Instagram: https://www.instagram.com/Uscience_UMS.Official 

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCtD_hus5OG-II22UYgfb9Hg 

 

#UScienceUMS

#KSTI

#KSS

#SabahMajuJaya

#UniversitiMalaysiaSabah

#3SSTEMspeakerseries

#sokongpendidikanSTEM

#welearnweplaywediscover

#STEMUMS

 

Kehadiran dan penyertaan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam program ini adalah amat dialu-alukan dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan

 

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan ingin mendapatkan maklum balas berkenaan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa. Mohon Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik melalui pautan shorturl.at/moAW9  atau imbas kod QR tersebut.

Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Seri / Dato'/ Dr./ Datin / Tuan / Puan,

HEBAHAN PENGANJURAN PERSIDANGAN FORUM DAN EKSPOSISI PEMERKASAAN ANAK MUDA (YOUTH EMPOWERMENT FAIR 2023)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu Persidangan Forum dan Eksposisi Pemerkasaan Anak Muda (Youth Empowerment Fair) atau YEF 2023 anjuran Minds 4 Malaysia dan Yayasan Go Strong Malaysia akan diadakan pada 18 dan 19 Mac 2023 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Dewan 6&7 Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

3. Untuk makluman YBhg. Datuk Seri / Dato'/ Dr./ Datin / Tuan / Puan, YEF 2023 diadakan khusus bagi memperkasa dan mempersiap anak muda negara dalam menghadapi cabaran pekerjaan, keusahawanan dan Pendidikan. Persidangan YEF2023 akan mengumpulkan tokoh-tokoh usahawan dan korporat, pemikir dan ahli akademik dalam mengupas isu-isu penting dalam mempersiap jati diri dan modal insan anak muda.

4. Selain itu, satu sesi wawancara bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri akan diadakan melalui Segmen Istimewa: Temu Anwar pada 19 Mac 2023 jam 4.00 petang. Pada sesi ini, para pelajar serta belia berpeluang untuk berinteraksi dan menyuarakan pendapat terus kepada YAB Perdana Menteri.

5. Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama YBhg. Datuk Seri / Dato'/ Dr./ Datin / Tuan / Puan agar dapat memanjangkan jemputan program ini kepada semua penuntut universiti awam/ politeknik/ kolej komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui pautan https://mindsformalaysia.com/yef2023-programme/.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk Seri / Dato'/ Dr./ Datin / Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.