Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

 

PELAWAAN BIASISWA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI, SAINS, PENYELIDIKAN DAN INOVASI THAILAND TAHUN 2023

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand mempelawa rakyat Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda, Sarjana, Ijazah Kedoktoran dan juga program pertukaran pelajar melalui Biasiswa “Thailand Scholarship Year 2023”.

 

3. Pelawaan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan kelayakan yang ditetapkan. Biasiswa yang ditawarkan dan tarikh tutup permohonan adalah bergantung kepada jenis pengajian dan universiti yang dipohon. Butiran lanjut berhubung biasiswa yang ditawarkan boleh diperolehi menerusi laman sesawang berikut https://rb.gy/m0icdy

 

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada tuan / puan adalah dimohon untuk menyebarluaskan pemakluman berhubung tawaran ini bagi menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia untuk memohon biasiswa tersebut. Perhatian dan kerjasama daripada tuan / puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

5. Sebarang pengubahsuaian ayat atau perkataan yang membawa kepada maksud yang sama yang dibuat oleh pihak tuan/puan dialu-alukan berdasarkan keperluan. Disertakan poster biasiswa bagi tujuan hebahan jua. 

 

Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

Bengkel ini disyorkan untuk penyelidik UMS dan luar yang ingin memohon geran FRGS pada tahun 2023. Penyertaan dalam bengkel ini adalah wajib bagi penyelidik UMS dengan geran dalaman yang ada tetapi belum memperoleh atau mempunyai geran FRGS yang aktif. Yuran penyertaan dan penginapan boleh dibayar menggunakan geran dalaman yang sedia ada.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP)

 

 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Fakulti Sains Makanan & Pemakanan menjemput orang awam yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 11 & 25 Mac 2023 (Sabtu)(Secara dalam talian)
 
Masa: 9.00am - 12.00pm
 
Bagi yang berminat boleh mengisi borang yang disediakan.
 
>>>Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan UMS 2023: https://forms.office.com/r/w0TJJB5gPA
 
Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.