Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan menganjurkan Program Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-65. Program ini berbentuk Lafaz Ikrar Rukun Negara yang bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dan perpaduan menerusi penglibatan semua peringkat kepimpinan mahasiswa di IPT.

Sehubungan dengan itu, Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT akan diadakan dengan Sesi Lafaz Ikrar Rukun Negara secara serentak di semua IPT bagi mencipta rekod Malaysia Book Of Record (MBR). Oleh yang demikian SEMUA PELAJAR DAN KAKITANGAN UMS adalah dijemput bersama-sama dalam Sesi Lafaz Ikrar Rukun Negara yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh          : 15 September 2022 (Khamis)

Masa            : 9.30 pagi - 10.00 pagi (Tentatif disertakan)

Tempat        : Lokasi masing-masing

Sasaran       : Pelajar dan Kakitangan UMS

Kaedah        : Live Streaming dan disiarkan di TV1 (Selamat Pagi Malaysia)

 

Berikut disertakan Infografik Tatacara Pendaftaran/Penyertaan Lafaz Rukun Negara untuk perhatian selanjutnya. Setiap pendaftaran akan mendapat e-sijil penyertaan.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia

Tajuk: “Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (CBTM) Perkongsian daripada Rakan UA (UPM)"

 

🗓️: 15 September 2022 (Khamis)

⏰: 2.30 petang

📲🖥️💻: Secara atas talian melalui Webex UMS (shorturl.at/epQVX)

🗣️: Encik Azizi bin Ismail, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia

 

Kehadiran pihak YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

✅ Terbuka kepada semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah

✅Mata IDP akan diberikan

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

YBhg. Datuk/Prof./ Dr./Tuan/Puan

 

Bersama ini disertakan notis pemakluman dari pihak Hospital UMS untuk makluman dan rujukan YBhg. Datuk/Prof./Dr./tuan/puan.

 

Terima kasih

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)

Tarikh          : 15 September 2022 (Khamis)

Masa           : 9:00 Pagi - 12:00 Tengahari

Tempat        : Secara Hibrid

                   : Smart Space Perpustakaan UMS (Bersemuka)

                   : https://bit.ly/OBESIRI1 (Dalam talian)

                     Meeting No.: 2644 526 2830

                     Meeting Password: GesJKYJd343

 Penceramah  : Dr. Denis Andrew D. Lajium

                       Pengarah

                       Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)

 

✅ Semua ahli akademik dijemput hadir

✅ Mata IDP akan diberikan

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.