Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), UMS

Warga kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti butiran berikut:

Tarikh: 30 JULAI 2022 (SABTU)

Anggaran Tempoh: 1/2 jam (2:30 - 3:00 petang)

Tujuan: SESB melaksanakan penutupan berjadual di PMU UMS bagi kerja-kerja pemindahan load ke reserve busbar.

Lokasi yang terlibat: Seluruh UMS

Sekiranya terdapat sebarang halangan bagi meneruskan kerja di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Jurutera Elektrik Kanan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Puan Nurul Ain binti Abdullah -013-8791017) atau Penolong Jurutera (E.n Roland Ripah -019-840 9490)

JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada kakitangan Pusat Sukan UMS yang terlibat dalam menjalankan tugasan bersama kontinjen atlet Malaysia di Kejohanan Asean University Games (AUG) 2022 yang berlangsung pada 26 Julai hingga 6 Ogos 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.

Mereka terdiri daripada Pengarah Pusat Sukan UMS, Encik Ahmadi Nurdin selaku Timbalan Pengerusi Penyediaan Atlet IPT Malaysia; Pegawai Belia dan Sukan Kanan, Encik Charles Thomas selaku Sekretariat Penyediaan Atlet IPT Malaysia; dan Pembantu Belia dan Sukan, Encik S Mohd Salim S Ibrahim selaku Fisioterapi dan Perubatan Atlet IPT Malaysia.

#UMSKampusRahmah

#umsbahini

#KPT

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

GARIS PANDUAN PROSEDUR PERMOHONAN POTONGAN KHAS BAGI AKTIVITI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN YANG LAYAK

YBrs.Prof./Prof Madya/Dr./Tuan dan Puan,

Sukacita dimaklumkan, Yang Berhormat Menteri Kewangan melalui surat Kementerian Kewangan, Rujukan MOF.TAX(S)700-2/1/93 (24) bertarikh 26 Januari 2022 telah bersetuju mengiktiraf Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Malaysia sebagai “Institut Penyelidikan Yang Diluluskan” dibawah seksyen 34B Akta Cukai Pendapatan 1967 selama lima (5) Tahun mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2027. Dengan pengiktirafan ini, maka syarikat yang menyumbang wang tunai untuk aktiviti penyelidikan di UMS layak untuk mendapat potongan cukai dua (2) kali selagi mana mematuhi definisi penyelidikan dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986 seperti berikut:

“Penyelidikan dan kemajuan” ertinya apa-apa kajian sistematik, siasatan dan eksperimen yang melibatkan risiko novelti atau teknikal yang dijalankan dalam bidang sains atau teknologi dengan tujuan untuk mendapatkan pengetahuan baharu atau menggunakan hasil kajian untuk pengeluaran atau perbaikan bahan, alat, atau keluaran, hasil atau proses tetapi tidak termasuk:

  1. kawalan mutu atau pengujian rutin bahan, alat atau keluaran;
  2. penyelidikan sains sosial atau ilmu kemanusiaan;
  3. pemungutan data rutin;
  4. kaji selidik kecekapan atau kajian pengurusan;
  5. penyelidikan pasaran atau penggalakan penjualan;
  6. pengubahsuaian atau penggubahan rutin bagi bahan, alat keluaran, hasil atau kaedah pengeluaran;atau
  7. pengubahsuaian kosmetik atau pengubahsuaian stilistik bagi bahan, alat, keluaran, proses atau kaedah pengeluaran.

Justeru itu, para penyelidik yang berhasrat untuk memohon dana penyelidikan daripada syarikat/institusi/agensi boleh membuat permohonan terlebih dahulu untuk mendapatkan salinan surat dan sijil pengiktirafan Kementerian Kewangan daripada pihak PPP, UMS untuk kegunaan semasa berurusan dengan pemberi dana. Bersama-sama ini dilampirkan infografik Prosedur dan Garis Panduan Penyelidikan Di Bawah Insentif Cukai Seksyen 34 (B) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) untuk makluman dan rujukan YBrs.Prof./Prof Madya/Dr./Tuan dan Puan.

Sehubungan dengan itu, kerjasama YBrs.Prof./Prof Madya / Dr. / Tuan / Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada para penyelidik dan kakitangan di pusat tanggungjawab. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Bahagian Geran Luar, PPP, UMS melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

Terima kasih diucapkan kepada para ahli akademik Universiti Malaysia Sabah di atas komitmen dalam menghasilkan penerbitan ilmiah dalam indeks Scopus.

Sehingga 25 Julai 2022, UMS telah menghasilkan sejumlah 709 penerbitan di Scopus, dan jumlah ini adalah 60% daripada jumlah 1,178 yang dicatatkan sepanjang tahun 2021.

Sejak 2018 sehingga kini ahli-ahli akademik UMS telah menghasilkan 3,980 penerbitan ilmiah yang berkualiti tinggi untuk rujukan penyelidik tempatan mahupun antarabangsa, dan jumlah ini saban tahun menunjukkan peningkatan ketara iaitu dengan 554 pada tahun 2018, jumlah ini telah meningkat sebanyak 718 pada tahun 2019, diikuti 821 pada tahun 2020 dan 1,178 pada tahun 2021.

Melihat kepada jumlah yang dicatatkan pada tahun ini, UMS dijangka mampu mencatatkan rekod baharu bagi jumlah penerbitan ilmiah di indeks Scopus menjelang hujung tahun ini!!

Syabas diucapkan kepada para ahli akademik atas sumbangan penerbitan ilmiah sepanjang 5 tahun ini, dan teruskan kecemerlangan ini agar kita mampu menjayakan agenda penerbitan ilmiah kita setanding dengan universiti-universiti hebat di peringkat antarabangsa.

Ucapan terima kasih dan tahniah sekali lagi juga kepada ahli akademik yang berjaya menerbitkan artikel di Scopus. Semoga kecemerlangan ini juga menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan akademik yang lainnya.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.