Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

2.       Sukacita dimaklumkan Majlis Temu Anwar @ UMS Kota Kinabalu yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah adalah merupakan program bual bicara bersama YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.  

3.       Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput menghadiri program tersebut berdasarkan ketetapan berikut: 

Tarikh            : 31 Mei 2023 [Rabu] 

Masa              : 4.00 petang 

Tempat          : Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah 

4.       Selain itu, pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh mengesahkan kehadiran/pendaftaran majlis menerusi pautan berikut temuanwar.com. Bersama ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan. 

Segala perhatian pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.   

Sekian. 

- Surat Jemputan Menghadiri Majlis Temu Anwar @ UMS Kota Kinabalu 2023

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW)

 

 

Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW) UMS akan mengadakan sesi town hall dalam waktu terdekat. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sila layari laman sesawang CIEW www.ums.edu.my/cie/ atau media sosial CIEW FB: /UMSCIEW atau Instagram CIEW @UMSCIEW.

Sekian terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Galeri Azman Hashim UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Galeri Azman Hashim UMS akan ditutup sementara kepada pelawat untuk persiapan majlis perasmian Galeri Azman Hashim UMS. 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 088-320000 samb. 207900 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih. 

 

Announcement From: Borneo Medical & Health Research Centre  Faculty of Medicine & Health Sciences,

 

Invitation to attend seminar BMHRC Seminar Series 3/2023 

02nd June 2023 (Friday), 10.00am – 11.00am 

Bilik Tayangan, Medical Museum, Block E, Ground Floor FPSK UMS 

 

Or join online through (webex): 

https://rb.gy/dtbsu 

Meeting number: 2643 717 7343 

Password: xKeKKJeK937 

 

Topic: Drowning is preventable in low- and middle- income countries: Bangladesh as an example  

Speaker: Dr. Aminur Rahman, International Drowning Prevention and Research Division, Centre for Injury Prevention and Research, Bangladesh 

Free admission 

 

 

Pengumuman Daripada: Jawatankuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Gotong-royong Perdana EKSA boleh diadakan pada 7 Jun 2023 (Rabu) di peringkat Jabatan/ Fakulti/ Pusat / Institut / Bahagian masing-masing. Kesesuaian masa adalah tertakluk kepada kebenaran Ketua JFPIB masing-masing.

Setiap ketua zon dikehendaki mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas aktiviti gotong-royong tersebut dilaksanakan. 

Kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.