Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
Bersempena Bulan Ramadhan yang mulia, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Jabatan Perpustakaan menganjurkan ceramah kesihatan bertajuk "Kurang Penyerapan Nutrisi disebabkan Usus yang Rosak" pada ketetapan yang berikut:
 
🗓️ Tarikh : 13 Mac 2025 (Khamis)
⏱️Masa   : 9:00 Pagi 
 

Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan sekian terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Penerbit UMS ingin menawarkan Dana Penerbitan Artikel seperti berikut:

Dana Penerbitan Artikel:
1. Skim Dana Penerbitan Artikel 1.0 (SDPA 1.0)
2. Skim Dana Penerbitan Artikel 2.0 (SDPA 2.0)
3. Skim Dana Penerbitan Artikel 3.0 (SDPA 3.0)
4. Skim Dana Penerbitan Artikel Dalaman (SDPAD)
5. Insentif Penerbitan Jurnal MyCite UMS
 
Garis Panduan, Borang Permohonan dan dokumen berkaitan boleh dicapai melalui laman sesawang rasmi Penerbit UMS di pautan berikut:
https://www.ums.edu.my/penerbitv2/index.php/references-publication.
 
Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke Pejabat Penerbit UMS, Aras 2, Pusat Pengajian Pascasiswazah, Isnin-Jumaat, 9.00 pagi - 4.00 petang.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Dr. Sitty Nur Syafa: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pn. Aqilah Afendy: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan COSH melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amatlah kami hargai. Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan.

Sila imbas kod QR di atas atau melalui Pautan:https://rb.gy/go8371  

Terima kasih atas maklum balas anda.

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
 
YBhg.Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
 
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI TAHUN 2025 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas kod QR pada flyer.
 
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.