Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika (FPT)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan Tropika sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, mohon jasa baik Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan dibawah:

 

  1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, FakultiPerhutanan Tropika, UMS

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=FPT

 

  1. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS (poster)

Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Alumni UMS

Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan (PPAKG) UTeM akan menganjurkan Program Jalinan Holistik Alumni UTeM (Chapter Sabah) bersama Y.Brs. Profesor Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.  

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan UTeM dengan Alumni dalam pelbagai bentuk kerjasama yang dapat memberi manfaat dan faedah kepada kedua-dua pihak. MANGAN NIA MANGAN ASAL KURUNG-KURUNG... BA RAMAI2 KITA REUNION...ARAMAITII. Butiran Program adalah seperti berikut:

   

    Tarikh: 26 Februari 2023 (Ahad)

    Masa: 3:00 petang

    Tempat: Le Meridien Hotel Kota Kinabalu, Sabah

 

Dimohon semua alumni untuk mengesahkan kehadiran dengan mengisi google form berikut selewat-lewatnya pada 20 Feb. 2023 (Isnin): https://forms.gle/NXkapayhiGsijn5F7 


 

Pengumuman Daripada: Pusat Luar UMS (PLUMS)

  • Kemasukan menerusi SATUMS adalah terbuka kepada calon - calon lepasan Diploma, Matrikulasi, Asasi, STPM, STAM yang memenuhi syarat kelayakan. 
  • Permohonan boleh di lakukan menerusi atas talian.
  • Calon adalah dinasihatkan agar merujuk terlebih dahulu iklan program yang ditawarkan dan syarat kemasukan sebelum membuat permohonan.