Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM)

 

Salam sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN (KPP) MENGENAI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PUSAT KELESTARIAN LIBATSAMA MASYARAKAT (PKLM) BIL.2/2022


Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KPP yang disediakan di pautan http://shorturl.at/kK135 atau imbas kod QR yang disediakan.

Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM. 

Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KPP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP)

Iklan Jawatan Sambilan Pensyarah/Jurulatih/Demonstrator Sambilan Kursus Kokurikulum Berkreditsesi 2022/2023 (pdf.)

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan bagi kursus kokurikulum berkredit yang disenaraikan dalam komponen seperti berikut (rujuk jadual mengikut komponen):

  • Komponen Kepimpinan dan Kemasyarakatan
  • Komponen Kebudayaan dan Kesenian
  • Komponen Sukan dan Rekreasi
  • Komponen Bisnes, Agrotek dan Teknologi

 

Kod lokasi kampus kursus ditawarkan adalah seperti berikut (bertanda √ dalam jadual):

  • BKI: Kampus Induk (Kota Kinabalu)
  • LBU: Kampus Antarabangsa Labuan
  • SDK: Kampus Sandakan

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP), sila layari laman sesawang https://www.ums.edu.my/pkppv2/index.php/ms