Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

 

Untuk makluman semua staff dan pelajar Universiti Malaysia Sabah, bermula julai 2022 pihak Google akan melakukan pengurangan storage kerana Pakej yang UMS langgan iaitu Google Education Fundamental berlaku perubahan di mana saiz storage dari unlimited kepada 100tb per kampus. Penggunaan storage UMS kini adalah sebanyak 350TB. Selain itu, servis Google Meet masih boleh digunakan namun fungsi rakaman sudah tidak boleh digunakan.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika, UMS

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan Tropika sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

 

Sehubungan itu, Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan ini :

 

1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=FPT

 

2. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS :

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa akan berlaku gangguan perkhidmatan internet mengikut ketetapan berikut :

 

Tarikh    :  1/4/2022 (Jumaat)

Masa     :  6.00pm - 7.000pm

Perkhidmatan yang terjejas   :

Capaian Internet Kampus Induk KK & UMSKAL.

Capaian Sistem Dalam UMS dari rangkaian luar.

Aktiviti     :  Penggantian perkakasan yang rosak pada peralatan rangkaian PoP Sabah oleh pihak kontraktor yang dilantik Myren Network Sdn Bhd.

Sekian Terima Kasih.