Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan perkhidmatan Internet bagi Kolej-Kolej kediaman luar seperti ketetapan berikut :

 

Tarikh  :  16/3/2022 (Rabu)

 

Masa   :  

8.30 am - 9.30 am (Kolej Kediaman USIA 1Borneo)

10.30 am - 11.30 am (Kolej Kediaman Kingfisher 1)

1200 pm - 1.00 pm  (Kolej Kediaman Kingfisher 2) 

 

Aktiviti  :  Pihak Telekom Berhad akan menjalankan Ujian Throughput pada talian Unifi di Kolej Kediaman tersebut.

 

Segala kesulitan amatlah kami kesali.

 

Sekian Terima Kasih,

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa akan berlaku gangguan perkhidmatan internet mengikut ketetapan berikut :

 

Tarikh    :  15/3/2022 (Selasa)

 

Masa     :  6.00pm - 6.30pm

 

Perkhidmatan yang terjejas   :

Capaian Internet Kampus Induk KK & UMSKAL.

Capaian Sistem Dalam UMS dari rangkaian luar.

 

Aktiviti     :  Penyelenggaraan peralatan rangkaian PoP Sabah oleh pihak kontraktor yang dilantik Myren Network Sdn Bhd.

 

Sekian Terima Kasih.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pengurusan Pusat Data, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

 

Warga Kampus yang dihormati sekalian,

 

Pihak kami perlu melakukan penutupan sebahagian sistem dalaman UMS bagi memberi ruang kepada Sektor Pengurusan Pusat Data melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan/penambahbaikan pelayan sistem dalaman universiti, berikut adalah butiran kerja :

 

Tarikh: 15 Mac 2022 (SELASA)

 

Anggaran Tempoh: 2 jam (9:00 petang - 11:00 malam)

 

Sistem Terlibat:

- UMS SHIEDLS

 

Sepanjang waktu ini, sistem-sistem yang tersenarai di atas tidak akan dapat di akses untuk penggunaan. 

 

JTMK amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

Hebahan Tawaran Program Geran Pendidikan Untuk Warganegara Ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) (.pdf)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negara Republik Azerbaijan sedang menawarkan Geran Pendidikan Untuk Warganegara Ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). Program Geran Pendidikan ini melibatkan tawaran dalam kursus persediaan, sarjana muda, kedoktoran, perubatan am/program residen.

2. Turut dimaklumkan bahawa tawaran kuota maksimum bagi permohonan setiap negara adalah sebanyak empat (4) orang pelajar (2 utama, 2 ganti) dan tarikh akhir bagi permohonan geran penyelidikan adalah pada 1 April 2022 (Jumaat). Sebarang maklumat lanjut berkenaan tawaran Program Geran Penyelidikan ini boleh dirujuk menerusi pautan: https://aida.mfa.gov.az/en/static/22.

3. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara tersebut, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Jonathan Lim Jiun Yenn, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Hubungan Antarabangsa di talian 03-88705387. Bersama-sama ini dilampirkan Nota Diplomatik daripada Kedutaan Besar Republik Azerbaijan di Kuala Lumpur dan maklumat lanjut berkenaan tawaran Program Geran Penyelidikan untuk rujukan dan perhatian jua.

Terima kasih.