Pengumuman Daripada: Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
 
Sertai kami dalam Program Bicara Pakar: Journey From Fat to Fit bersempena dengan Program Cintai Ilmu bersama Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Nazarudin.
 
🗓 14 Julai 2022 (Khamis)
🕘 9.00 pagi - 11.00 pagi
📡 Sisco Webex Pautan : http://shorturl.at/fnCLR
FB Live : Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
 
📌Sasaran : Terbuka
📌Mata IDP/SDP disediakan
Semua dijemput hadir!
Terima kasih😉

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, PPP sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan.

2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut:

https://tinyurl.com/y74m5efz

3. Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

 
YBrs Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacitanya  YBrs Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk bersama-sama menghadiri 'BRI Sharing Session' yang akan dijalankan secara atas talian mengikut ketetapan berikut:
 
Tarikh: 5 Julai 2022 (Selasa)
 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tghari
 Penceramah: Assoc. Prof. Ts. Dr. Goh Pei Sean, Research Fellow (Advanced Membrane Research Technology Research Centre (AMTEC),       UTM), Associate Professor (Faculty of Chemical and Energy Engineering, UTM)
 Tajuk Ceramah: Strategies to Write a Review Paper
Penyertaan adalah percuma dan mata IDP disediakan
 
Sekian, terima kasih.