Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS


Salam sejahtera.
Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa WEBINAR SEMIT 2021 yang bertema Era Pandemic : Pendigitalan Perkhidmatan Awam Dalam Norma Baharu akan diadakan seperti pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 22 Julai 2021 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : Zoom Webinar (Atas Talian)
Jumlah Maksimum Peserta : 500
Kumpulan Sasar : Terbuka Kepada Semua Perkhidmatan Awam & Agensi Kerajaan
Yuran : PERCUMA
3. Oleh itu, pihak urus setia WEBINAR SEMIT 2021 ingin menjemput Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk mengambil peluang menyertai webinar selama setengah hari ini yang berkaitan dengan keselamatan siber pada masa kini.
Pautan untuk pendaftaran adalah seperti berikut :
https://forms.gle/Z2aeoQjSnvqU8kN1A
Tarikh Tutup Pendaftaran : 22 Julai 2021
4. Aturcara bagi WEBINAR SEMIT 2021 akan diemelkan kepada peserta-peserta yang telah mendaftar. Segala pertanyaan sila hubungi pihak urus setia di 088-368877 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian, terima kasih.