Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami semasa ke semasa.

 

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami dengan menekan pautan di bawah atau dengan mengimbas QR-Code pada Flyer yang dilampirkan.

 

Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Pusat Islam UMS

 

Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini. Sekian.

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

 

Yang ikhlas,

 

 

PUSAT ISLAM UMS (PIUMS)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

 

Tarikh Permohonan: 15 November 2021

Tarikh Tutup: 30 November 2021

 

Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia dan boleh membuat pendaftaran pada :

Tarikh Pendaftaran: 6-17 Disember 2021

Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang

Tempat: Pejabat PIUMS

Yuran pendaftaran: RM25.00

Klik pautan berikut untuk mendapatkan borang pendaftaran https://bit.ly/KAFA-2022

 
 
 

Pengumuman Daripada: Pejabat Audit Dalam, UMS

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.37/2021 (304) pada 09 November 2021 adalah dirujuk. Perubahan gelaran JAFPIB Bahagian Audit Dalam kepada Pejabat Audit Dalam seperti berikut:-

 
NAMA TERDAHULU
NAMA BAHARU
BAHAGIAN AUDIT DALAM
(BhgAD)
PEJABAT AUDIT DALAM 
(PejAD)
 
 
 

Sehubungan itu, sebarang urusan surat menyurat hendaklah menggunapakai nama baharu seperti yang dinyatakan di atas.

 

Sekian, terima kasih.