Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

 

(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan

(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum

 

Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):

(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau

(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau

(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu

 

Permohonan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 2/2021 adalah melalui pautan Google form iaitu https://forms.gle/2DNRWiSQpx4YGrU58 sebelum atau pada 16 Julai 2021 (Jumaat) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari dan keputusan kelayakan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 2/2021 akan dimaklumkan oleh pihak urusetia program. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam Bin Abd Muttalib di sambungan 103337/013-8554373.

 

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data Dan Maklumat, UMS

 

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. /Dr. /Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa, PPDM sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.

 

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof. /Dr. /Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut:

http://shorturl.at/mABEF

 

Pandangan anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. /Dr. /Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian dan terima kasih

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19''

Yang ikhlas,
PUSAT PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT (PPDM)

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

 

In collaboration of U-Science UMS, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) dan Fakulti Makanan dan Sains Pemakanan (FSMP)

 

Prof/Dr/Sir/Madam/Ms are invited to join our STEM Speaker Series as listed in the attached poster via Youtube Live platform (Channel : Pusat UScience UMS). 

 

IDP/ SDP will be provided to all participants.

 

Thank you.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat, UMS

 

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KPP yang disediakan di pautan;

 

shorturl.at/kK135 atau imbas kod QR di dalam flyer.

 

Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM.

 

Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KPP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

Perpustakaan UMS mengalu-alukan maklumbalas anda dengan mengisi borang Kajian Kepuasan Pelanggan Tahun 2021 di pautan https://bit.ly/3jx9m6U atau imbas kod QR di poster yang disediakan.

 

Maklumbalas anda amat dihargai bagi meningkatkan tahap perkhidmatan Perpustakaan secara berterusan.

 

Terima kasih atas Kerjasama anda.