Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW), UMS

 

 

YBhg. Datuk /Prof./Dr./Tuan /Puan

 

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

PELAWAAN PEMBELIAN LOT BAGI PROJEK WAKAF ASET LANTAI MASJID UMS

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) dan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) sedang menganjurkan Projek Wakaf Lantai Masjid UMS, iaitu penggantian karpet kepada jubin marmar (marble tiles). Projek ini perlu memandangkan karpet sedia ada yang digunakan semenjak 2002, telah terlalu usang dan kurang selesa digunakan untuk beribadah dan berhimpun mengadakan pelbagai program dan dakwah Islamiah.

 

3. Sehubungan itu, bagi mengimarahkan amalam jariah berwakaf di kalangan warga UMS, sukacita YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput menyertai projek usaha wakaf seperti yang dinyatakan. Tawaran pembelian RM100 per lot berkeluasan 0.21m2 (6,000 lot keseluruhan) ini boleh dilakukan sama ada menerusi:-

 

i) Pemindahan langsung ke akaun Universiti Malaysia Sabah

(MAYBANK : 5100 1302 4241);

ii) Menggunakan cek / deraf bank tempatan atas nama Universiti Malaysia Sabah;

iii) Secara tunai / kad kredit / kad debit di kaunter Bendahari UMS;

iv) Menerusi ansuran gaji bulanan menerusi https://forms.gle/y9YyhMXmRePRZjvx8

 

***        Mohon catatkan 'WAKAF LANTAI MASJID UMS' bagi transaksi yang berkaitan.

 

4. Semoga wakaf untuk saham akhirat yang bakal YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan salurkan akan mendapat sebaik-baik ganjaran pahala lagi berterusan seperti dijanjikan Allah S.W.T. Sabda Rasullullah S.A.W. yang bermaksud " Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah S.W.T. sama ada kecil ataupun besar, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah (istana) di dalam syurga” (HR Bukhari: 431).

 

Sekian dan terima kasih.

 

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

DR. RAFIQ IDRIS

Pengarah

 

No. Tel    : 088-320000 samb. 101033

No. Faks  : 088-320602

E-mel       : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa pihak JTMK sedang dalam proses menaiktaraf perkhidmatan rangkaian tanpa wayar (WiFi) bagi seluruh bangunan universiti di Kampus Induk, Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari yang meliputi pemasangan WiFi baharu sebanyak 1787 unit  (indoor WiFi) dan 97 unit (outdoor WiFi) sejak bulan Oktober 2020 . Aktiviti ini juga melibatkan perkhidmatan WiFi di  kolej-kolej kediaman universiti.

 

Kerja-kerja ini melibatkan penambahan bilangan access point (WiFi) bagi setiap blok kolej kediaman, penyusunan semula access point (WiFi). Proses menaiktaraf secara berperingkat pada kolej kediaman ini dijangkakan akan selesai pada awal April 2021.

 

Penambahbaikan ini adalah untuk memastikan mutu perkhidmatan WiFi unversiti lebih berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna terutama pelajar di masa akan datang.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali dan JTMK sedia membantu melalui talian WhatsApp 088329000 sekiranya memerlukan khidmat nasihat selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.