Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Dimaklumkan bahawa capaian ke Sistem SmartV3 E-Learning UMS akan mengalami sedikit gangguan sementara disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan pelayan di Pusat Data JTMK. Penyelenggaraan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Januari – 20 Januari 2021
Masa : 9.00 Malam (19 januari 2021) Hingga 7.00 Pagi (20 Januari 2021)
Lokasi : Pusat Data, JTMK

Segala kesulitan amat kami kesali.

Peringatan daripada JTMK:

1. Atas isu keselamatan, sila abaikan emel yang meminta Password Webmail UMS anda.
2. Sila berhubung dengan Pihak JTMK jika tidak pasti kesahihan email berkenaan.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kecemerlangan Pengajaran Dan Kualiti Akademik (PKPKA)

PEMAKLUMAN: Pejabat Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Kualiti Akademik telah beroperasi sepenuhnya di Aras 6, Blok Utara, Bangunan Canselori  bermula 19 Januari 2021. Walau bagaimanapun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua perkhdmatan berkaitan adalah secara atas talian /virtual sahaja.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLULMAT & KOMUNIKASI

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan ICT untuk  kakitangan Universiti Malaysia Sabah.

 

  1. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menilai perkhidmatan sistem ICT dalam usaha memastikan perkhidmatan ICT yang terbaik diberikan kepada warga universiti. Maklumbalas kajiselidik ini sekaligus dapat membantu jabatan ini untuk membuat keputusan bagi cara meningkatkan perkhidmatan dan menentukan fokus perkhidmatan ICT seterusnya.

 

  1. Pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh mengisi borang soal selidik yang dibuka sehingga 31 Januari 2021 dengan melayari pautan berikut:

 

Pautan : https://forms.office.com/Pages/ResponsePage.aspx?id=Ut_GKBKzQkSvWSByWL9kq6JeK4tseZ5LiRPApuN32RZUNzBVWlY0RFo4VEM1VFlLS0pKUjFRNk85UC4u

 

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan ke HelpDesk JTMK melalui WhatsApp ke 088-329000. 

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.