Subjek : Penangguhan Pelaksanaan Program FCI IR4.0 Public Lecture Series 2020

Pengumuman daripada : Fakulti Komputeran & Informatik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg. Datuk/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan Fakulti Komputeran & Informatik(FKI) telah memutuskan untuk membuat penangguhan pelaksanaan program FCI IR4.0 Public Lecture Series 2020  yang seterusnya ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

3. Hal ini juga adalah selaras dengan saranan dari Kementerian Kesihatan agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gatthering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku. Pihak FKI memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi berhubung perkara ini.

Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan.

 

Subjek : Penutupan Dewan Kuliah Pusat UMS

Pengumuman daripada : Bahagian Pengurusan Akademik

Mengambil kira keadaan semasa berkaitan penularan wabak COVID-19 di Malaysia, Pihak Bahagian Perkhidmatan Akademik akan menutup penggunaan Dewan Kuliah Pusat bagi sebarang aktiviti/majlis/program bermula pada 16hb Mac 2020 sehingga pemakluman seterusnya dibuat.
 
Taking into account the current circumstances related to the spread of the COVID-19 outbreak in Malaysia, the Academic Services Division will close the use of the Dewan Kuliah Pusat for any activities / events / programs beginning March 16, 2020 until further notice.

Subjek: Penawaran Geran Insentif Penyelidikan 2019 Yayasan Penyelidikan Otak, Minda Dan Neurosains Malaysia Kitaran 1-2019

Pengumuman daripada : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.           Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia (YPOMNM) ingin menawarkan Geran Insentif Penyelidikan 2020 kepada semua penyelidik warganegara Malaysia yang berkebolehan dalam bidang Basic, Clinical and Applied Neurosciences.

 

  1. Jumlah geran yang ditawarkan adalah sehingga maksimum RM10,000.00 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2020 (Selasa). Dilampirkan bersama ialah borang permohonan berserta syarat dan kriteria permohonan geran penyelidikan tersebut untuk rujukan Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. 

  

Sekian, terima kasih.    

  

Subjek : Kempen Bagi Menggalakkan Sumbangan Ke Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS Secara Potongan Gaji

Pengumuman daripada : Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) sedang giat mengadakan kempen bagi menggalakkan warga UMS (yang beragama Islam sahaja) berwakaf ke Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS secara potongan gaji. Promosi menerusi email ini akan dilakukan secara mail merge bermula Mac 2020 sehinggalah selesai.

Sehubungan itu, sukacita kerjasama YBhg. Datuk / Prof / Dr. / Tuan / Puan untuk memberikan respons (Bersetuju / Tidak Bersetuju / Memerlukan Info) adalah amat diharapkan. Borang kebenaran potongan gaji hanya akan diedarkan kepada kakitangan yang memilih opsyen Bersetuju, dan perlu dilengkapkan secara manual ataupun online untuk tindakan Pusat ini selanjutnya

Sekian, atas perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk / Prof / Dr. / Tuan / Puan bakal berikan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.