Pengumuman Daripada: Pusat Rawatan Warga Ums

Subjek: Pengumuman Waktu Perkhidmatan Prw Semasa Cuti Semester

 

Waktu perkhidmatan pusat rawatan warga ums semasa cuti semester bermula 18/01/2020 – 9/2/2020 adalah seperti ketetapan berikut

 

Isnin – sabtu: 8 pagi – 5 petang

Ahad dan cuti am: tutup

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

Subjek: Manual Pengguna Smpb (Peratusan Markah, Kemasukan Markah, Penentuan Gred Dan Analisis Gred & Markah)

 

Dengan hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa seksyen pengurusan peperiksaan dan penilaian, bahagian perkhidmatan akademik telah memuatnaik manual pengguna smpb (peratusan markah, kemasukan markah, penentuan gred dan analisis gred & markah) yang baharu di manual pengguna (manual peperiksaan), sistem maklumat pelajar bersepadu (http://smp.ums.edu.my).
  2. Manual pengguna yang baharu ini mengambil kira pertambahan sub modul kemasukan markah secara luar talian (offline).

Kerjasama y.brs. Prof./prof. Madya/ dr./tuan/puan, dalam perkara ini sangat dihargai bagi memastikan proses perjalanan kemasukan markah berjalan lancar dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih