Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP)
Subjek: Penutupan Sementara Operasi Laluan Gate Ke-3, UMS

Merujuk kepada keadaan di tapak, pihak kami mendapati kerja-kerja penambahbaikan masih memerlukan masa 14 hari lagi dan akan ditutup pada tarikh berikut:-

2 Januari 2020 - 15 Januari 2020

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

Subjek: Penutupan Perkhidmatan Perpustakaan Sempena Cuti Hari Krismas

 

 Pengguna Perpustakaan yang dihormati, untuk makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan   

 ditutup pada ketetapan  berikut:-

 

24 Disember 2019

-

Cuti Tambahan Hari Krismas (Selasa )

*Kecuali Perpustakaan Cawangan Labuan

25 Disember 2019

 

Hari Krismas ( Rabu )

 

 Pihak Perpustakaan mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada pengguna yang meraikannya.  

Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:

  http://ums.edu.my/library atau ezproxy.ums.edu.my/login

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan

Subjek:  SENARAI KERATAN AKHBAR TERKINI DALAMUMS INSTITUTIONAL REPOSITORY SIRI 31/2019

 

Bil

 

Tarikh

Tajuk Akhbar

1

14 pelajar program kejuruteraan awam UMS berjaya hasilkan blok penurap daripada bahan kitar semula

3.12.2019

Utusan Borneo

2

Diupang' penggerak karya seni Sabah

1.12.2019

Utusan Borneo

3

KDMC, Coontoh FC win volleyball, futsal tournaments

27.11.2019

New Sabah Times

4

Kongsi teknik, kaedah merangsang minat pelajar ke atas STEM

17.10.2019

Utusan Borneo

5

Kumpulan Yayasan Sabah dan UMS meterai MoU

30.11.2019

Utusan Borneo

6

Lawatan ke UMSKAL buka minda pelajar SM St Anthony

22.10.2019

Utusan Borneo

7

Lawatan ke UMSKAL perangsang kepada murid SK Kerupang

13.11.2019

Utusan Borneo

8

MACMA sokong Maszlee kekel Menteri Pendidikan

27.11.2019

New Sabah Times

9

Majlis pelancaran Sukan UMS 2019 berjalan lancar dan meriah

17.10.2019

Utusan Borneo

10

Maszlee terus terima sokongan

29.11.2019

New Sabah Times

11

Parents' love spurs special student

26.11.2019

New Sabah Times

12

Pelajar baharu UMSKAL dirai dalam Program Hari Kesihatan Keluarga Junior

15.10.2019

Utusan Borneo

13

Pelajar FHMS UMS adakan kempen kesihatan di Kg Sinisian

14.10.2019

Utusan Borneo

14

Pelajar, pensyarah dan kelab anjur program Bulan Kaunseling 2019

31.10.2019

Utusan Borneo

15

Pemain Labuan bantu Wipers C juara Bola Tampar Pantai Kebangsaan

31.10.2019

Utusan Borneo

16

'Pewani Empower Run 2019' larian untuk kesihatan

22.10.2019

Utusan Borneo

17

PMFPEP UMS adakan Gotong- Royong Perdana

17.10.2019

Utusan Borneo

18

Program Hari Terbuka Kolej Kediaman Tun Fuad 2019

31.10.2019

Utusan Borneo

19

Safar dilantik SKN baharu, menggantikan Datuk Seri Penglima Hashim Paijan

7.11.2019

Utusan Borneo

20

Seni dan budaya dalam industri

27.10.2019

Utusan Borneo

21

Sesi ramah mesra pengetua dan JAKMAS Ecopark berjalan lancar

17.10.2019

Utusan Borneo

22

Success in crab breeding

1.12.2019

Daily Express

23

Tabika Lapasan terima sentuhan keceriaan 42 pelajar UMS

12.12.2019

Utusan Borneo

24

Thirty earn UMS 2019 postgraduate awards

28.11.2019

New Sabah Times

25

UMS akan terus pergiat interaksi erat melalui sukan

13.10.2019

Utusan Borneo

26

UMS fully supports Maszlee heading Education Ministry

29.11.2019

New Sabah Times

27

UMS jalin kerjasama dengan Deru Selat Ekspedisi Resources

9.11.2019

New Sabah Times

28

UMS komited kekal kecemerlangan akademik peringkat antarabangsa

22.11.2019

New Sabah Times

29

UMS pada kedudukan 38 peratus teratas dalam QS World University Rangkings, ASIA 2020

29.11.2019

New Sabah Times

30

UMS researching on breeding of Sumatran rhinos

12.11.2019

The Borneo Post

31

YYS-UMS MoU on research biodiversity projects collaboration

29.11.2019

New Sabah Times

32

Zikir Ul Husna berkumandang di Masjid Al-Hikmah UMSKAL

22.10.2019

Utusan Borneo

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia

Subjek:  Anugerah Tokoh Kepimpinan UMS bagi tahun 2019

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

PENCALONAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.     

Anugerah Tokoh Kepimpinan merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Universiti Malaysia Sabah. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap sesuatu pencapaian yang cemerlang dan sumbangan kakitangan yang diakui mencapai tahap terbilang dalam kepakaran masing-masing serta mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, penerima anugerah ini akan diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) pada tahun 2020.

Sehubungan itu, mohon kerjasama untuk mewar-warkan borang pencalonan bagi anugerah ini kepada kakitangan di jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Anugerah Tokoh Kepimpinan UMS dan Borang Pencalonan (Lampiran A) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pencalonan adalah bermula pada 20 Dis 2019 sehingga 13 Jan 2020.

Untuk maklumat lanjut pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Ismail Ladama, Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia di talian samb: 1444.

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Pendaftar

Subjek: Pekeliling Cuti Tambahan Sempena Hari Krismas

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 11 Tahun 2019 yang dengan sendiri menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan lanjut pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

  1. Mohon perkara ini dipanjangkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).

 

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 Sekian.