Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Subjek: Jemputan Pelajar Ke Program Sambutan Bulan Kaunseling & Psikologi Peringkat UMS 2019

Assalamualaikum wbt/Salam Sejahtera YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.

 

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Kerjaya dan Alumni, Bahagian Sumber Manusia serta Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS akan menganjurkan program Sambutan Bulan Kaunseling & Psikologi Peringkat UMS 2019pada ketetapan berikut:

Tarikh: 11 hingga 14 November 2019 (Isnin - Khamis)

Masa: (Rujuk Lampiran untuk Jadual Pengisian)

Lokasi: Ruang Legar Mega Lab, Perpustakaan UMS

 

  1. Sehubungan itu, pihak penganjur berbesar hati untuk menjemputsemua warga UMS khususnya pelajar dan kakitanganuntuk menyertai program tersebut. Pelbagai aktiviti  dan hadiah menarik menanti para peserta. Kehadiran ke program ini akan diberikan sijil penyertaan dan mata IDP/SDP. Pra pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini: https://forms.gle/vjvDnWfu2ZTv3vXg7

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh berhubung dengan Pn. Nurul Fatiha di talian sambungan 4101 atau ke alamat emel tertera. Segala kerjasama dan usaha mewar-warkan program ini di peringkat JFPIB  YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Tentatif Penuh (.pdf)

 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

Subjek: Penutupan Perkhidmatan Perpustakaan Sempena Cuti Maulidur Rasul

 

PENGUMUMAN

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Pengguna Perpustakaan yang dihormati, untuk makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan berikut:-

 09 November 2019 - Maulidur Rasul (Sabtu) 

Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:

 

http://ums.edu.my/library atau ezproxy.ums.edu.my/login

Pengumuman Daripada: Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah

Subjek: Jemputan Ke Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Maulidur Rasul Di Masjid UMS Tahun 2019M/1441H

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Maulidur Rasul pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 8 November 2019 (Jumaat)

Masa: 6.00 Petang

Tempat: Masjid UMS

                                                                                               

  1. Sehubungan dengan itu, kerjasamaYBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan jemputan ini kepada semua kakitangan dan pelajar di bawah seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke majlis ini dapat mengimarahkan lagi Masjid UMS seterusnya mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

 

Sekian dan terima kasih.