Pengumuman Daripada: Pusat Kajian Bencana Alam

Subjek: Seminar Bencana Alam 2019

Seminar Bencana Alam 2019 ini merupakan seminar ke-5 dan kesinambungan daripada Seminar Bencana Alam 2017 yang telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Bencana Alam dan Fakulti Sains dan Sumber Alam, UMS.  Penganjuran Seminar Bencana Alam 2019  ini adalah selari dengan keperluan untuk memahami, mengetahui dan menyelidik pelbagai aspek dan dimensi isu-isu bencana alam yang sering berlaku di Malaysia.  Di Malaysia khususnya, kejadian seperti tanah runtuh, banjir, hakisan pantai dan sungai, jerebu dan baru-baru ini kejadian gempa bumi di Sabah, telah memberi kesan signifikan kepada masyarakat terutama dalam aspek ekonomi, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan.  Seiring dengan perkembangan ini, Pusat Kajian Bencana Alam (Natural Disaster Research Center, NDRC) akan menganjurkan seminar bencana siri ke-5 pada tahun 2019 yang akan membuka penyertaan yang lebih luas dari segi skop pembentangan, bidang kepakaran mahupun bilangan penyertaan dari pelbagai jabatan dan institusi yang berkaitan di seluruh negara.

Maklumat lanjut sila layari https://bencana2019.weebly.com/

Ke Arah Kelestarian Pengurusan Risiko Bencana yang Lebih Baik

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH

SUBJEK: IKLAN PENAWARAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH (SBP) SEMESTER 1 SESI 2019/2020


DEADLINE OF APPLICATION – 30 AUGUST 2019 (FRIDAY)

1. SKIM PEMBANTU PENGAJAR (SPP) - LOCAL STUDENTS (MASTER & PHD) FULLTIME ONLY.

2. SKIM YURAN PENGAJIAN ANTARABANGSA (SYPA) - INTERNATIONAL STUDENTS (MASTER & PHD) FULLTIME ONLY.

Application Form (.pdf)

UCAPAN DARIPADA: PIPSPUSAT PENGURUSAN ECOCAMPUSFSSA, IBTP, JABATAN PERPUSTAKAAN, PKKP, FPEPFSMP, JABATAN BENDAHARI, PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA, PUSAT E-PEMBELAJARAN, IPMB, JHEPIPB, DAN PASCA

 

PENGUMUMAN DARIPADA :    JAWATANKUASA INDUK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SUBJEK : AUDIT LUAR EKSA UMS

PEGAWAI DIHUBUNGI :     ENCIK SAMSUIDIN NURDIN (013-854 7078) CIK NUR AMIR AZLIN BT AMIR (013-818 6261) PUAN NURUL IZZA BINTI MD NORDIN (013-850 0362) CIK SHAMSIAH BINTI MAHMUD (016-835 4039) ENCIK EFFANDY MOHD HATTA (013-275 5967)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Audit Luar EKSA Kampus Induk dan untuk UMS-KAL dan UMS FPL akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 5-9 Ogos 2019

Juruaudit UMS Induk : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Juruaudit UMS KAL dan UMS FPL : Jabatan Kastam

3. Untuk makluman, Audit Luar EKSA ini adalah sebagai pemantauan pematuhan kepada garis panduan EKSA UMS dan juga sebagai persediaan ke arah Pensijilan Semula EKSA UMS.

4. Sehubungan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Zon termasuk di UMS-KAL dan UMS PFL agar dapat memastikan persediaan kepada audit luar ini adalah mengikut Garis Panduan EKSA UMS yang telah diedarkan.