PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK: PELUPUSAN ASET ALIH DI JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SECARA JUALAN LELONG
YBrs./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan, pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) akan mengadakan pelupusan aset alih secara jualan lelong pada ketetapan yang berikut:
Tarikh : 15 April 2019 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Pengurusan, JPP
Bersama surat ini disertakan
Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih (KEW.PA-27 dan KEW.PA-27(A) sebagai rujukan Y.Brs/tuan/puan. Pihak JPP berbesar hati agar perkara ini dapat dihebahkan kepada seluruh warga UMS dan orang awam. Sebarang makluman atau pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan
En. Zulhazwan bin Salim ditalian sambungan 8701 atau 012-8243085.
Perhatian dan bantuan Y.Brs/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
"KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"