PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
SUBJEK : JEMPUTAN KE INNOVATION AND TECHNOLOGY EXPO
2019 (InTEX19) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menganjurkan Innovation and Technology Expo 2019 (InTEX19) yang akan diadakan pada 24-25 Julai 2019, bertempat di Imperial Hotel, Kuching, Sarawak. InTEX19 adalah sebahagian daripada inisiatif penyelidikan dan inovasi UNIMAS dan berfungsi sebagai platform untuk para ahli akademik dan penyelidik UNIMAS mempamerkan hasil penyelidikan mereka. InTEX19 membolehkan para penyelidik mengetengahkan hasil penyelidikan mereka dan menterjemahkannya ke dalam hasil penyelidikan yang berinovatif dan kreatif.
Sehubungan itu, pihak UNIMAS mengalu-alukan penyertaan dari universiti-universiti lain. Bersama ini dilampirkan risalah inTEX19 daripada pihak penganjur untuk rujukan di pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, dan maklumat lanjut berkenaan program tersebut boleh didapati melalui
www.rimc.unimas.my
Turut dimaklumkan, segala perbelanjaan bagi menyertai program tersebut adalah dibawah tanggungan masing-masing. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan pihak urusetia penganjur seperti berikut:
1) Dr. Abang Azlan Mohamad : 082-581152/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2) Puan Siti Emalia Merzuki : 082-582493/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.