PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN
SUBJEK : MAKLUMAN PENJENAMAAN SEMULA UNIT TERJEMAHAN UMS KEPADA UNIT TERJEMAHAN DAN SUNTINGAN UMS / UMS TRANSLATION AND EDITING UNIT (UTUMS)
Dengan segala hormatnya dirujuk perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti, Bil. 1/2019 (Siri 2) Kali Ke-226 pada 30 Januari 2019 telah meluluskan penjenamaan semula Unit Terjemahan UMS kepada Unit Terjemahan dan Suntingan UMS /UMS Translation and Editing Unit (UTUMS).
3. Sehubungan itu, sebarang urusan rasmi hendaklah menggunapakai nama baharu seperti dinyatakan di atas.
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.