Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi
Subjek: Makluman Pembatalan Taklimat - Young Scientists Network-Academy Science Malaysia (YSN-ASM)
 
Salam YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.     Dukacita dimaklumkan bahawa penganjuran Taklimat Young Scientists Network-Acedemy Science Malaysia (YSM-ASM) yang dijadualkan akan diadakan pada ketetapan seperti maklumat berikut adalah DIBATALKAN:
 
       Tarikh         :      15 Mei 2018 (Selasa)
       Masa            :      8.00 pagi - 10.30 pagi
       Tempat        :      Bilik Seminar, Aras 1, IPB
 
03.     Pembatalan taklimat ini adalah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak penganjur memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung pembatalan seminar ini.

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.

Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Subjek: 1st Borneo Medical and Nursing Quiz 2018
Pegawai Dihubungi: Dr Chin Kai Ling (014-6839539) Lidiawati Arifin (016-8320204)
 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi
Subjek: Taklimat Young Scientists Network-Academy Science Malaysia (YSN-ASM)
 
Salam sejahtera semua warga UMS,
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) akan mengadakan Taklimat Young Scientists Network-Acedemy Science Malaysia (YSM-ASM). Taklimat tersebut diadakan untuk memperkenalkan YSN-ASM kepada para penyelidik dan para pensyarah muda. Taklimat tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:
       Tarikh         :      15 Mei 2018 (Selasa)
       Masa            :      8.00 pagi - 10.30 pagi
       Tempat        :      Bilik Seminar, Aras 1, IPB

Bersama-sama ini dimajukan pengesahan kehadiran bagi yang berminat untuk menyertai taklimat tersebut. Mohon kiranya borang pengesahan kehadiran yang lengkap diemelkan/difakskan kepada pihak IPB sebelum atau pada 11 Mei 2018 (Jumaat).