PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN, UMS
SUBJEK: LATIHAN OCLC WORLDCAT DISCOVERY SERVICES
 
Latihan ini terbuka kepada semua warga UMS dengan tempat duduk yang terhad. Tuan/puan boleh terus mengisi borang di URL : https://goo.gl/FDkMYR
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Shazwina Mohd Yusof @ (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) 088-320000 ext. 2298/2300.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UMS
SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN ULANG TAHUN KE 23 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2017M/1439
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan mengadakan majlis yang tersebut di atas pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 23 November 2017 (Khamis)
Masa: 6.00 Petang
Tempat: Masjid UMS
 
Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dan semua warga UMS untuk hadir ke majlis ini.
 

PENGUMUMAN DARIPADA:BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN INTEGRITI, UMS
SUBJEK: PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI DAN PENCEGAHAN RASUAH
 
Program Pengukuhan Integriti dan Pencegahan Rasuah akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh           :       24 November 2017 (Jumaat)
Masa             :       9:00 – 11:30 pagi
Tempat         :       Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori, UMS

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UMS
SUBJEK: HEBAHAN PENYERTAAN SEMINAR PENGURUSAN MASJID PROFESIONAL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UMS TAHUN 2017M/1439H
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS (PIUMS) akan mengadakan Seminar Pengurusan Masjid Profesional sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS tahun 2017M/1439H pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
                        Tarikh                        : 6hb-7hb Disember 2017 (Rabu-Khamis)
                        Masa                          : 8.00 Pagi – 4.30 Petang
                        Tempat                      : Masjid UMS
                        Yuran Penyertaan  : Percuma (Kakitangan UMS/Pelajar UMS)
                                                              RM35.00 (Orang Awam)
                                               
Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai seminar tersebut. Bersama-sama dengan ini, disertakan borang penyertaan dan aturcara seminar untuk makluman dan tindakan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai seminar ini, bolehlah berhubung dengan kakitangan pejabat Pusat Islam di talian : 088-320000-samb. 2743/2742.