Pengumuman Daripada: Pusat Pengajian Pascasiswazah

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

 

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:

 

https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=16&key=PASCA

 

atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer

 

Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini. Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Fakulti Sains Makanan & Pemakanan menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 25 November 2023 (Sabtu) 
 
Masa: 9.00am - 12.00pm (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang yang disediakan.
 
Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2023: 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
 
Sekalung penghargaan dan tahniah kami ucapkan kepada semua penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) Tahun 2023 yang telah diadakan pada 27 September 2023.
 
Bagi penerima anugerah (kecuali penerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji) yang belum menuntut sijil dan hadiah, sila tuntut sijil dan hadiah di Pejabat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras 3, Blok Selatan, Bangunan Canselori UMS dan wajib mengembalikan folder sijil berwarna biru kepada pihak urusetia.
 
Segala kerjasama Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝘆-𝗖𝗼𝗺𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝘆 𝗦𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝗽𝗿𝗶𝘀𝗲 (𝗨𝗖𝗦𝗘) & 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝘆 𝗦𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝗽𝗿𝗶𝘀𝗲 𝗖𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻 (𝗨𝗦𝗘𝗖)
 
Proses Pertandingan:
tiga (3) pasukan akan dihantar untuk menyertai sesi pitching untuk Program University-Community Social Enterprise (UCSE).
hanya 𝗱𝘂𝗮 (𝟮) 𝗽𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 mewakili UMS akan dipilih. 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 (𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁-𝘂𝗽 𝗴𝗿𝗮𝗻𝘁) 𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗥𝗠𝟱𝟬,𝟬𝟬𝟬 tersedia kepada setiap pasukan untuk 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗽𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹.
pasukan akan dinilai untuk bertanding dalam Program University Social Enterprise Competition (USEC).
 
𝗛𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵:
𝘏𝘢𝘥𝘪𝘢𝘩 𝘶𝘵𝘢𝘮𝘢: RM10,000 untuk setiap 10 pasukan terbaik  (Hadiah utama)
𝘚𝘢𝘨𝘶 𝘩𝘢𝘵𝘪:  RM1,000 untuk setiap 10 pasukan lain
 
𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁:
✅ pelajar prasiswazah sepenuh masa
✅ pelajar berstatus aktif
✅ Setiap pasukan terdiri daripada 8 orang pelajar dan 2 orang mentor
✅ menghantar kertas cadangan
 
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗞𝗣𝗞𝗣 𝗨𝗠𝗦 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟮𝟭 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯, 𝟱:𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴.. Pihak PKPKP akan mengadakan sesi pitching untuk kertas cadangan projek yang telah dimajukan (sila rujuk lampiran untuk contoh kertas cadangan).
 
𝗔𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)
 
𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘴𝘢𝘮𝘢
Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM),
Universiti Malaysia Kelantan (UMK),
Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan
Yayasan Kebajikan Siswa (YKS)

pertanyaan lanjut sila hubungi:
📞 0134061004
📞 0167768285
📞 0143533648
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.