PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PERAKAUNAN (FPEP)
SUBJEK: FPEP CAR BOOT SALE 6


YBhg. Datuk /Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan
 
JEMPUTAN MENYERTAI FPEP CAR BOOT SALE 6
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) akan menganjurkan FPEP Car Boot Sale 6 pada ketetapan berikut:

Tarikh                    : 27 April 2016 (Rabu)
Masa                      : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat                  : Lot Letak Kereta FPEP

 
Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk /Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai aktiviti ini.

Sebagai makluman, borang penyertaan yang lengkap boleh dihantar terus kepada JK Car Boot Sale FPEP di Pejabat Am Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan atau emailkan kepada rpboroh@ums.edu.my sebelum atau pada 22 April 2016 (Jumaat) sebelum jam 4 petang.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Cik Rostika Petrus Boroh di talian 1544 / 0138640100 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..


Sekian, terima kasih.
 
  

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN
SUBJEK : PEMBATALAN LANGGANAN PANGKALAN DATA 2016
 
PEMBATALAN LANGGANAN PANGKALAN DATA 2016
 
Pengguna yang dihormati,
 
Berikut adalah senarai pangkalan data yang telah dibatalkan
 
No
Pangkalan Data
1
Institute of Physics (IOP)
2
OVID Biomedica
3
Engineering Village (EV2)
4
Web of Science (ISI Knowledge)
 
Walau bagaimanapun, pihak perpustakaan menawarkan Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)/ Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) untuk mendapatkan bahan daripada perpustakaan lain. Permohonan boleh dihantar melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan menyertakan maklumat terperinci bahan yang dimohon. Permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi borang Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)/ Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) yang boleh didapati di kaunter-kaunter perkhidmatan.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA

: UNIT SPADA, FPP

SUBJEK

: PERMOHONAN DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH / SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) SESI 2016/2017​

 

Penajaan untuk program ini ditawarkan kepada Kakitangan Kerajaan sahaja. Calon perlu memohon secara online melalui laman web eSila, http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=SPAD&auth=7141 mulai 28 Mac 2016 sehingga 22 April 2016. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan diperaku oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan perlu dihantar ke Jabatan ini selewat-lewatnya pada 22 April 2016.

PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
: MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR (MAP) 2016
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,
​JEMPUTAN MENGHADIRI ​MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR (MAP) 2016
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   ​Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Aspirasi Pendaftar akan diadakan pada ketetapan berikut:
​​
Tarikh: 8 April 2016 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Resital, FKSW
3.   Sehubungan itu, ​SEMUA PEGAWAI PENTADBIRAN & IKHTISAS SERTA PELAKSANA ​adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. ​Bersama ini dilampirkan aturcara majlis untuk rujukan Tuan/Puan. 
​4.   ​Untuk makluman, ​Mata IDP akan diberikan​ dan perkhidmatan video konferens untuk menghubungkan Kampus Sandakan dan Kampus Labuan kepada Kampus Induk​ akan disediakan​​.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.