SELASA, 20 DISEMBER – Program Majlis Pengajian Akbar : Kitab Bidayatul Hidayah anjuran Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung baru-baru ini mendapat sambutan meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang yang turut serta pada majlis tersebut.
Berlangsung di Masjid UMS, program tersebut diadakan selama dua hari bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, dan dikendalikan oleh pendakwah dari Banjarmasin Kalimantan, Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki”
Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan UMS, Ustaz Razali Saibin, kehadiran peserta yang membanjiri Masjid UMS bagi program ini memberi petanda positif akan minat masyarakat sama ada warga UMS atau masyarakat luar untuk memberi sokongan terhadap majlis ilmu.
“Ini sesuatu yang baik melihat pelajar dan staf UMS serta masyarakat luar sama-sama mempelajari dan menghayati isi kandungan kitab Bidayahtul Hidayah “Permulaan Jalan Hidayah yang disampaikan oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi,” ujar beliau.
Bersempena dengan program tersebut, Pusat Islam juga mengadakan majlis kesyukuran dan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti Malaysia Sabah..
Turut hadir Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah dan Dekan Fakuti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Prof. Dr. Raman Noordin.
Sumber: Pusat Islam UMS



KHAMIS, 15 DISEMBER - Penerbit UMS sekali lagi mengharumkan nama Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Anugerah Buku Negara 2016 apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Industri Buku bagi kategori Buku Perhutanan Terbaik.
KHAMIS, 15 DISEMBER – Seramai 29 kakitangan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menerima kenaikan pangkat diraikan dalam satu Majlis Meraikan dan Penyerahan Surat Tawaran di Galeri Majlis baru-baru ini.
RABU, 14 DISEMBER - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah menyarankan agar semua dekan dan pengarah fakulti, pusat, institut dalam UMS memberikan komitmen sepenuhnya untuk meningkatkan prestasi universiti dalam Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA).
RABU, 14 DISEMBER - Seramai 300 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakukan aktiviti sukarelawan di bangunan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS pada Ahad.