ISNIN, 7 NOVEMBER - Nurul Ayunni muncul juara bagi kategori terbuka kejohanan UMS 10-Pin Bowling Knockout Challenge anjuran Kelab Boling Universiti Malaysia Sabah (UMS) di CPS Bowl, Centre Point Sabah, semalam.
Beliau berjaya mengutip 268 jatuhan pin sekali gus mengetepikan pesaing terdekat Mohd. Ezze yang meraih sebanyak 219 jatuhan pin untuk berada di tempat kedua.
Tempat ketiga pula jatuh kepada Azami Inal (203 pin), manakala tempat keempat menjadi milik Nurul Alyssa (187 pin).
Bagi kategori wanita, pemenangnya disandang oleh pemain boling harapan UMS, Kamisah Husin yang mengatasi pemain wanita lain yang bertanding dalam kategori itu.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Kelab Boling UMS, Awang Suhaizam Bungso.
Kejohanan sehari sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-18 itu disertai 52 pemain boling dari sekitar Kota Kinabalu.
Hadir sama Pengurus kejohanan, Francisca Mosilinus; Timbalan Pengurus 1, Izham Abu Bakar dan Timbalan Pengurus 2, Razaky Mapalabong.



JUMAAT, 4 NOVEMBER – Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah menyempurnakan majlis perasmian serta penyerahan kunci Rumah Imam dan Bilal semalam.
JUMAAT, 4 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melaksanakan Program Komuniti Sains dan Teknologi baru-baru ini di Sekolah Menengah St Peter Telipok.
KHAMIS, 3 NOVEMBER - Hampir 500 kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) membanjiri Dewan Resital UMS bagi mendengar siri Syarahan Kinabalu 2016 daripada Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail.
KHAMIS, 3 November - Seramai 38 orang rombongan yang terdiri daripada pelajar program Pembangunan Belia dan Komuniti Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Kelab Pacuan Empat Roda WRS telah mengadakan ekspedisi ke Kg. Rundum Tenom, baru-baru ini.