SELASA, 02 FEBRUARI – Seramai 73 pelajar pascasiswazah Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) membentangkan hasil kajian pada Seminar Pelajar Pascasiswazah Peringkat Fakulti baru-baru ini.
Seminar dua hari yang berlangsung di Kompleks Sains dan Teknologi serta Kompleks Perhutanan itu melibatkan pelajar Sarjana, Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah yang membentangkan Usul Kajian, Pra-Viva, Laporan Kemajuan Wajib dan Laporan Kajian Semasa masing-masing.
Menurut pengerusi seminar, Dr Maria Lourdes T. Lardizabal, tujuan utama seminar ini dianjurkan adalah untuk memberi ruang kepada para pelajar pascasiswazah membentang kemajuan dan hasil penyelidikan mereka.
“Selain itu, seminar ini mampu menjadi medium untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bagi mengatasi sebarang masalah dengan baik tanpa menjejaskan prestasi pengajian pelajar pascasiswazah di peringkat fakulti.
“Seminar ini juga menjadi ruang kepada para pelajar untuk bertukar-tukar ilmu pengetahuan yang sedia ada,” katanya.
Sementara itu, Dekan FSSA, Prof Dr. Baba Musta dalam ucapan perasmian yang dibacakan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik dan Alumni) FSSA, Prof. Madya Dr. Saafie Salleh berkata, seminar itu diharap dapat menyumbang ilmu dan manfaat kepada semua pihak terutama para pelajar pascasiswazah dalam mempersiapkan diri menangani permasalahan kritikal yang dihadapi oleh dunia.
“Dengan adanya seminar sebegini, FSSA dapat menyumbang usaha dalam meningkatkan kredibiliti dan kualiti universiti di samping penambahbaikan dalam semua aspek bidang yang dikaji,” ujar beliau.
Sumber : Kenny Uwai, FSSA



ISNIN, 1 FEBRUARI – Kontinjen Universiti Malaysia Sabah berjaya menambah satu lagi pingat emas dalam kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016 hari ini.
ISNIN, 01 FEBRUARI - Pusat Hubungan Industri Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini dikenali Pusat Jaringan Industri dan Komuniti berkuatkuasa 19 Januari 2016.
JUMAAT, 29 JANUARI - Fakulti Sains dan Sumber Alam (Kompleks Perhutanan) telah menjayakan program “Selangkah Ke Menara Gading Siri 1 ” sebagai persediaan kepada kumpulan pelajar lepasan sekolah menengah baru-baru ini.
JUMAAT, 29 JANUARI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi universiti pertama di ASEAN menganjurkan Seminar Aikido Antarabangsa yang disampaikan Pengerusi Persatuan Aikido Antarabangsa (IAF) Tokyo, Profesor Emeritus Dr. Peter Anthony Goldsbury.