SELASA, 14 JULAI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghantar dua kumpulan pelajar jurusan Geologi bagi 'Geoscience Exhibition and Competition 2015' di Universiti Teknologi Petronas (UTP) baru-baru ini.
Dua kumpulan tersebut iaitu The Crockers dan The Huttons telah bersaing dengan 16 kumpulan lain dari Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Curtin University Sarawak dan tuan rumah UTP.
Pertandingan tersebut menyaksikan tuah lebih memihak The Crockers apabila dipilih sebagai pemenang Best Exhibiton Awards.
Kumpulan itu yang dianggotai Kartigeyan Ramanathan, Ahmad Nazer Amre, Ahmad Zarif Kaldan, Ain Maisyara Yazrol, Leendy Gulibat Richard, Lim Yu Hong, Nur Shaizah Ismail dan Syart Adillah Syaripudin turut menyandang naib juara keseluruhan pertandingan.
Untuk rekod, kedua-dua kumpulan yang dihantar UMS hanya dua minggu melakukan persiapan sebelum tarikh pertandingan. –SS
Bahagian Media dan Citra
Sumber: Majlis Perwakilan Pelajar



SELASA, 14 JULAI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Kampung Kebagu, Sepanggar telah mengadakan program Jaringan Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa, baru-baru ini.
JUMAAT, 10 JULAI - Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) mengadakan program Ziarah Ramadan sambil menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini.
KHAMIS, 09 JULAI - Hampir seribu penduduk sekitar Kundasang membanjiri pekan Kundasang bagi mendengar Ceramah Gempa Bumi anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelmarin.
KHAMIS, 09 JULAI - Orang ramai khususnya penduduk sekitar kaki Gunung Kinabalu dinasihatkan tidak panik terhadap gegaran susulan gempa bumi.