JUMAAT, 20 DISEMBER - Perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universitas Pasundan (UNPAS) tiga tahun lalu telah memberi peluang kepada program pertukaran pelajar melalui program mobiliti berkredit pelajar kerja sosial di kedua-dua universiti.
Program mobiliti berkredit kumpulan mahasiswa pertama telah bermula pada tahun 2017 dan kumpulan kedua pada tahun seterusnya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Psikologi (FPP) UMS, melalui program tersebut, pelajar Program Kerja Sosial UMS dan pelajar Prodi Kesejahteraan Sosial UNPAS akan berada selama satu semester dengan mengikuti kuliah seperti biasa dan mengambil ujian serta peperiksaan mengikut syarat sebagai pelajar pra siswazah Universiti masing-masing.
Kenyataan itu menambah, keputusan peperiksaan pelajar mobiliti akan dibawa balik dan disetarakan dalam transkrip setelah menamatkan program mobiliti.
“Baru-baru ini program mobiliti pensyarah antara kedua-dua institusi telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kesinambungan Program Mobiliti pelajar. Pensyarah dari program Kesejahteraan sosial, Dr. Abu Huraerah telah datang ke UMS sebagai pensyarah mobiliti sementara pensyarah program Kerja Sosial Dr. Peter Voo berada di UNPAS untuk mengajar pelajar prasiswazah program Kesejahteraan sosial,”tambah kenyataan itu.
Seramai enam pelajar UMS dan empat pelajat UNPAS terlibat dalam program mobiliti tahun ini. Kedua-dua universiti itu sedang merancang untuk melaksanakan program mobiliti pelajar kumpulan ketiga yang dijangka berlangsung pada tahun hadapan.



JUMAAT, 20 DISEMBER – Seramai 31 peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), guru-guru sekolah, kakitangan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sabah dan orang awam di sekitar Kota Kinabalu telah hadir bagi menjayakan program ‘Disability Awareness Training’ yang diadakan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS baru-baru ini.
KHAMIS, 19 DISEMBER – Program ‘Stop Pedofilia 3.0’ anjuran pelajar Kursus Interaksi Institusi dan Masyarakat (INTERIM), Seksyen 2 Sesi 2019/2020, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung baru-baru ini mampu membina dan memupuk kesedaran serta pengetahuan kepada masyarakat tentang isu-isu dan perbuatan jenayah pedofilia yang semakin berleluasa masa kini.
KHAMIS, 19 DISEMBER – Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fauziah Halim berkesempatan berkongsi pengalaman dan inspirasi beliau dalam menceburi bidang kerjaya sebagai jurutera dalam industri pembinaan projek lebuh raya dalam satu program bersama pelajar tahun dua program Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) di tapak pembinaan projek lebuhraya Pan Borneo (Pakej 27 – Dari Kg. Lot M ke Sandakan Mile 32) baru-baru ini.
WEDNESDAY, 18 DECEMBER - A group of 85 Universiti Malaysia Sabah (UMS) students of the Public Speaking Class under the Centre for Co-Curriculum and Student Development (PKPP) visited ‘Sekolah Dalam Hospital’ (SDH), Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS), Likas recently as part of their Corporate Social Responsibility Programme under UMS Siswa-Siswi Prihatin (UMS-SPRINT).