Program UpayaKPT@Sepanggar yang berlangsung di Kg. Kobuni, Inanam berjaya mencapai matlamat menerusi penglibatan komuniti kampung yang menyertai kursus yang dianjurkan baru-baru ini.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, program UpayaKPT adalah satu usaha dan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertujuan untuk merakyatkan hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi (IPT) agar ia dapat dimanfaatkan oleh komuniti bagi pembangunan komuniti.

“Menerusi program UpayaKPT, pelbagai aktiviti seperti kursus pendek komuniti dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran dan pembangunan kapasiti dalam masyarakat.

“KPT khususnya Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan melaksanakan beberapa projek komuniti berasaskan pendekatan pemindahan ilmu dan teknologi kepada masyarakat,” katanya.

Katanya, projek komuniti berasaskan pendekatan knowledge transfer programme (KTP) seperti penanaman sayuran secara akuaponik, penghasilan baja kompos, penghasilan bongkah cendawan dan batik tanah liat yang dilaksanakan pihak UMS bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti di Kg. Kobuni tetapi juga dilihat berupaya membantu untuk menjana dan meningkatkan pendapatan komuniti.

“Pelaksanaan projek-projek sebegini adalah selaras dengan aspirasi KPT untuk memperkasa komuniti melalui program pemindahan dan perkongsian ilmu kerana hasil penyelidikan dan keilmuan yang dijana di IPT perlu dipulangkan semula kepada masyarakat supaya limpahan kejayaan dan manfaat IPT turut dinikmati oleh komuniti selaras dengan konsep Malaysia MADANI,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sepanggar.

Beliau turut berkesempatan melawat kursus yang sedang dikendalikan oleh penyelidik UMS dan menyantuni peserta kursus.

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata program ini adalah kesinambungan daripada program yang berjaya dilaksanakan sebelum ini di Kg. Darau, yang mana pelbagai kursus kemahiran telah ditawarkan kepada masyarakat setempat dengan impak yang amat positif.

“Pada program di Kg. Kobuni ini, kita sekali lagi membawa pengisian yang relevan dan praktikal untuk keperluan masyarakat.

“Saya amat berbangga melihat warga UMS menggunakan ilmu mereka untuk mencipta impak positif dalam kehidupan komuniti,” ujarnya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly.

Tambahnya, kursus-kursus ini tidak sekadar bertujuan memberikan ilmu, tetapi juga berhasrat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Beliau juga percaya, dengan bimbingan daripada tenaga pakar UMS, peserta kursus ini dapat menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan tambahan

“Program seperti ini menjadi bukti bahawa kolaborasi antara universiti, kementerian, dan komuniti mampu menghasilkan impak yang besar.

“Dalam usaha kita mencapai matlamat Pembangunan Lestari (SDG), program seperti UpayaKPT@Sepanggar memainkan peranan penting dalam melahirkan komuniti yang berdikari, celik ilmu, dan berdaya saing.

“Saya yakin, penglibatan ini akan memperkukuh kepercayaan masyarakat kepada universiti sebagai institusi yang bukan sahaja mencipta ilmu tetapi juga berkongsi manfaatnya dengan komuniti,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi, Shainth Subramaniam; Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Komuniti) UMS, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd. Nazri; Pengarah Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat, Ts. Dr. Ag. Sufiyan Abd. Hamid dan Ketua Kampung Kobuni, Aji Rombuton.

 

Seramai 20 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpilih sebagai penerima pertama Biasiswa Kedutaan China.

Para penerima yang terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti menerima biasiswa tersebut daripada Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dalam satu majlis yang berlangsung di UMS.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, sumbangan biasiswa tersebut menjadikan UMS sebagai universiti awam pertama di Malaysia menerima Biasiswa Kedutaan China.

“Pemberian biasiswa daripada Kedutaan Besar China di Malaysia merupakan satu pengiktirafan kepada UMS dalam mengukuhkan hubungan akademik antara kedua-dua negara.

“Biasiswa yang ditawarkan bukan sahaja menyediakan bantuan kewangan tetapi membuka pintu kepada peluang untuk pertukaran budaya dan kerjasama antarabangsa.

“Kita memang ada hubungan yang baik dengan China, jadi dengan pemberian biasiswa ini akan merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Biasiswa Kedutaan China kepada pelajar UMS.

Tambah beliau, ini sekali gus merupakan sokongan daripada Kedutaan Besar China di Malaysia kerana UMS mempunyai kepakaran, sumber, kapasiti untuk melahirkan graduan bakal pemimpin masa depan, inovator, dan penyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

“Sokongan daripada pihak kedutaan bakal memastikan pelajar terpilih, terutamanya daripada keluarga B40, berpeluang untuk mengejar impian mereka tanpa bebanan atau kekangan kewangan.

“Justeru, UMS merakamkan penghargaan kepada pihak Kedutaan China kerana telah memilih UMS dan kita mengharapkan pada tahun hadapan lebih ramai lagi pelajar akan mendapat biasiswa seumpama ini,” ujar beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shifang; Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Komuniti) UMS, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd. Nazri; dan Pengarah Confucius Institute UMS, Dr. Chiew Tung Moi (Malaysia) dan Profesor Madya Dr Huang Yuehuwa (China).

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Galeri Azman Hashim (GAH) UMS mengadakan Pameran Khas Karya Seni Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bermula 18 November sehingga 12 Disember ini di ruang Kalimaran, galeri tersebut.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, pameran khas tersebut adalah salah satu daripada pelbagai aktiviti dan program dirancang serta dilaksanakan oleh Jabatan, Akademi, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian dalam UMS bagi sama-sama memeriah dan mewarnai kalendar aktiviti universiti sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 UMS.

“Pameran khas hasil karya Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin mempersembahkan sebanyak 27 buah karya catan landskap dan alam semula jadi seni Tun Juhar yang bermain dengan bancuhan warna untuk menyampaikan rasa kebesaran alam ciptaan tuhan.

“Turut dipamerkan adalah gambar-gambar Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama hingga kini.

“Melalui pameran ini kita dapat melihat kecintaan dan minat Tuan Yang Terutama Tun yang tidak berbelah bahagi terhadap perkembangan seni dan budaya di negeri ini,” katanya dalam ucapan aluan sempena majlis perasmian pameran khas tersebut.

Perasmian pameran tersebut disempurnakan oleh Tun Juhar yang turut hadir bersama isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni.

Kasim menambah, pameran tersebut turut memberi satu pandangan tentang bagaimana seni dapat menjadi medium untuk menyampaikan mesej yang mendalam, memperkukuhkan hubungan antara rakyat, serta menyatukan masyarakat dalam semangat kebersamaan.

“Pada kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk menjemput orang ramai untuk datang ke GAH-UMS untuk melihat sendiri Pameran Khas Karya Seni Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah ini.

“Selain itu, turut berlangsung beberapa pameran lain iaitu Pameran Koleksi Tan Sri Azman Hashim di ruang pameran Lepa dan Pameran Rebung 2.0 Bakat Muda universiti di ruang pameran Kaamatan,” ujar beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Lembaga Pengarah UMS, Norali Ag. Damit; Pengarah Balai Seni Lukis Sabah, Sara Elisya Ahmad Shah; Pengarah GAH UMS, Prof. Madya Dr. Mohamad Puad Bebit serta Pegawai Utama dan Kanan UMS.

 

Radio Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMSfm) menjadi radio kampus pertama di Malaysia menganjurkan majlis anugerah bagi menghargai dan mengiktiraf bakat pelajar penyiaran dan kewartawanan di universiti itu.

Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UMS, Profesor Dr. Asmady Idris berkata perkembangan dan kemajuan UMSfm sebagai sebuah platform penyiaran bukan sekadar berperanan sebagai saluran komunikasi kampus, malah medium yang menyumbang kepada pembangunan kemahiran pengetahuan dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.

“Saya percaya bahawa radio kampus seperti UMSfm memainkan peranan penting dalam mempersiapkan pelajar dengan komunikasi yang kritikal (iaitu) satu aset yang sangat penting diperlukan dalam dunia profesional yang semakin kompetitif ini.

“Sebagai contoh, banyak universiti terkemuka luar negara seperti University of California, Berkeley dengan stesen radio mereka KALX, dan University of Southern California (USC) dengan KXSC Radio, telah menunjukkan bagaimana radio kampus boleh berfungsi sebagai platform untuk mengasah bakat dalam bidang penyiaran, produksi media, pengurusan acara dan banyak lagi.

“Mereka juga memberikan peluang yang luas kepada pelajar untuk menghubungkan diri dengan industri media sebenar, sekali gus membuka ruang untuk kerjaya yang lebih cerah di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah UMSfm yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, baru-baru ini.

Asmady berkata, sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UMS menghargai sumbangan radio kampus dalam mencipta ruang bagi pelajar untuk berinovasi dan berkarya dalam suasana yang menyokong.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua pelajar FSSK khususnya mereka yang terlibat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan untuk terus mengasah kemahiran, baik di dalam mahupun di luar bilik kuliah.

“Sebagai sebahagian daripada Program Komunikasi di UMS, kita sangat berbangga kerana hampir 85 peratus graduan Program Komunikasi telah berjaya menempatkan diri dalam pelbagai bidang profesional yang relevan.

“Ini adalah bukti bahawa pendidikan yang diberikan termasuk pengalaman praktikal yang diperoleh melalui platform seperti UMSfm benar-benar membantu membekalkan pelajar dengan kemahiran yang diingini oleh industri,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Stesen UMSfm, Dr. Intan Soliha Ibrahim berkata penganjuran majlis anugerah tersebut adalah langkah berani untuk memperakukan dan menghargai produk keluaran UMSfm.

“Tindakan ini menjadikan UMSfm sebagai sebuah radio kampus pertama yang menganjurkan anugerah seumpama ini.

“Anugerah UMSfm ini menggabungkan kursus Penerbitan Radio 1 dan 2. Menerusi anugerah ini, kita menghargai bakat-bakat pelajar serta produk siaran yang dihasilkan oleh pelajar.

“Dari penerbitan rancangan ringan sehingga penerbitan rancangan berat, kita harapkan apa yang mereka pelajari dari kursus tersebut dan juga dari UMSfm dapat membantu mereka di masa hadapan,” katanya.

Mula bersiaran pada tahun 2010, UMSfm yang turut dikendalikan oleh Penerbit Rancangan iaitu Feria Lee, Norhazimah Radik dan Khairil Fitri Abd. Karim telah berjaya membangunkan sebuah modul radio secara rasmi yang dikenali sebagai Modul LIB dan telah menerima sijil Hak Cipta Terpelihara pada November 2024.

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) has reaffirmed its commitment to advancing Open Science and international research collaboration through a Memorandum of Understanding (MoU) signed with the International School for Social and Business Studies (ISSBS), Slovenia recently.

The MoU, formalized during the Erasmus EU-funded Open Science Workshop, represents a significant milestone in fostering global academic partnerships.

The agreement was signed by UMS Vice-Chancellor, Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, and ISSBS Dean, Professor Dr. Kristijan Breznik.

Focused on integrating Open Science principles into academic and research practices, the partnership emphasizes open research data and methodologies as tools to accelerate innovation and foster transparency and accessibility in scientific research.

As part of the MoU, UMS and ISSBS will collaborate on developing frameworks for open research data management and knowledge science.

Other key initiatives include securing matching grants for joint projects, establishing postgraduate mentorship and student exchange programs, and organizing workshops and training sessions to enhance Open Science capacity building.

“This partnership reflects UMS’s dedication to fostering global collaboration and driving innovation through Open Science.”

“By prioritizing open research data and methodologies, we aim to deliver impactful scientific advancements and make knowledge accessible to a wider global community,” said Datuk Kasim.

Professor Kristijan Breznik echoed this sentiment, stating that ISSBS is thrilled to collaborate with UMS.

“Together, we aim to address critical challenges in Open Science and create meaningful initiatives that benefit researchers, students, and the global academic community,” he said.

The event was attended by UMS Deputy Vice-Chancellor for Research and Innovation, Professor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, who also serves as the Erasmus EU Open Science Institutional Leader for UMS.

UMS Registrar, Luqman Ridha Anwar, and capacity-building representatives from Europe, including the Netherlands and Finland, as well as from India, Malaysia, and Africa, were also present.

The representatives from UMS includes Chief Digital Officer, Professor Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim; Dean Faculty of Computing and Informatics, Associate Professor Dr. Mohd Hanafi Ahmad Hijazi; Deputy Director (Strategic) Research Management Centre, Associate Professor Dr. Fatimah Ahmedy, who also serves as the Erasmus EU Open Science coordinator for UMS and Director of Data Management and Artificial Intelligence Centre, Dr. Farashazillah Yahya.

Their participation underscores the partnership’s global reach and inclusivity.

Aligned with UMS’s strategic objectives under Key Results Area (KRA) 1 and 3, which focus on internationalization and research excellence, the MoU emphasizes collaborative research projects, co-development of academic publications, and knowledge-sharing initiatives.

The collaboration between UMS and ISSBS represents a bold step forward in empowering researchers and students, fostering innovation, and positioning both institutions as leaders in global research.

By focusing on Open Science, particularly open research data, the agreement is set to create a sustainable framework for advancing scientific practices and reinforcing UMS’s reputation as a hub for impactful research in the Asia-Pacific region.