KHAMIS, 20 APRIL - Program Dekat Di Hati Kami (DETIK) anjuran Kelab Psikologi Industri dan Organisasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu memberi bimbingan kepada pelajar sekolah dalam membentuk ciri-ciri kepemimpinan pelajar.
Menurut pengarah program tersebut, Nur Anis Shazween, program yang diadakan selama tiga hari di SMK Taun Gusi 2, Kota Belud ini telah dianjurkan buat kali ketiga oleh kelab tersebut.
“Program pada kali ini disertai seramai 131 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada mereka yang memegang pelbagai jawatan seperti barisan majlis perwakilan pelajar sekolah dan asrama, pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua kelas dan pembimbing rakan sebaya.
“Melalui perlaksanaan program seperti ini juga, siswa-siswi UMS mampu merapatkan jurang antara masyarakat luar selain membuka minda dan mengasah pembangunan insaniah baik kepada pelajar UMS yang terlibat sebagai fasilitator mahupun para pelajar sekolah yang terlibat selaku peserta,” katanya.
Nur Anis menambah, program berbentuk kepemimpinan ini dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti latihan dalam kumpulan berobjektifkan untuk membentuk ciri-ciri pemimpin dalam kalangan para peserta.
“Diharapkan program ini bakal dijadikan program tahunan kelab agar nilai kepemimpinan daripada siswa-siswi dapat dikongsi bersama pelajar sekolah yang terlibat,” ujar beliau.



KHAMIS, 20 APRIL – Exco Sukan dan Rekreasi, Majlis Ketua-ketua Blok (MKKB) Kolej Kediaman E Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjayakan Program Sukan Inter Blok siri 2.0 baru-baru ini.
RABU, 19 APRIL - Seramai 53 pelajar sekolah menyertai Program Pemantapan Jati Diri anjuran Kolej Kediaman Sri Angkasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kem Pinawantai, Kudat baru-baru ini.
RABU, 19 APRIL - Seramai tiga pelajar Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mewakili UMS ke Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) 2017 peringkat kebangsaan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 18 Mei depan.
RABU, 19 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi akan menganjurkan program Rentas Borneo dengan memilih Kg. Sg. Magandai, Kota Marudu sebagai destinasi pada tahun ini.