Delegasi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh Dekan FPEP, Profesor Madya Dr. Mohd Rahimie Abdul Karim, telah memeterai satu kerjasama bersama Hannam Universitiy (HNU), Korea Selatan sewaktu lawatan kerja delegasi UMS ke universiti itu baru-baru ini.
Jalinan kerjasama tersebut dimeterai dalam satu majlis menandatangani dokumen Letter of Intent (LoI) yang disempurnakan oleh Mohd Rahimie yang mewakili UMS, dan Pengarah Campus Innovation Park, HNU, Prof. Dr. Gu-Hwan Ho yang mewakili HNU.
Menurut Pengarah Unit Keusahawanan FPEP, Prof. Madya Mat Salleh Ayub, lawatan itu merupakan langkah awal dalam menjalinkan hubungan tiga hala antara UMS, industri dan agensi kerajaan bagi memacu pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) khususnya di negeri Sabah, selari dengan hala tuju Sabah Maju Jaya.
“Kerjasama ini penting dalam membantu negeri Sabah melahirkan ramai usahawan dalam kalangan graduan yang berdaya saing, kreatif, inovatif serta mempunyai kebolehpasaran yang meluas dengan mengambil konsep kejayaan PMKS di Korea Selatan
“Bagi melestarikan kerjasama antara kedua-dua universiti ini, program perkongsian, pemindahan pengetahuan dan teknologi serta pembelajaran berasaskan penghasilan produk akan dianjurkan melalui program mobiliti graduan dan staf antara UMS dan HNU,” katanya.
Hadir sama, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS, Prof. Dr. Jumat Sulaiman; Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) FPEP, Dr. Sharifah Milda Amirul; Pengarah Pusat Luar UMS, Dr. Lim Thien Sang; Pengarah Akreditasi Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) FPEP, Rosle Mohidin; Pengurus akreditasi AACSB FPEP, Dr. Izaan Jamil; dan Ketua Pentadbiran FPEP, Jumiati Pajakai
Dalam pada itu, Mat Salleh menjelaskan, kolaborasi tersebut adalah berpaksikan kepada pemerkasaan peranan universiti dalam mengeksploitasi potensi membangunkan PMKS dalam kalangan graduan.
“Melalui projek Leaders in Industry-University Cooperation (LINC 3.0) yang diketuai oleh Prof. Peter Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif Hannam Bio Co., Sang-Sun Song, inisiatif ini dapat membuka ruang kepada FPEP UMS untuk turut serta dalam penerokaan membangunkan inkubator dengan menggunakan model atau Captone HNU.
Yang turut hadir, Dekan Pejabat Hal Ehwal Penyelidikan HNU, Prof. Dr. Tae-Dong Kim; Pegawai Maklumat LINC 3.0 Prof. Dr.Byung-Chul Lee; Prof. Dr. Heung-Soo Kim (LINC3.0); Prof. Dr. Bung-Kwon Min (LINC 3.0); Ketua LINC 3.0, Soo-Mi Kim, Ketua Kilang Reka Bentuk Hannam, En. Hyo-Kyun Park; serta Penyelidik LINC 3.0, Hyun-Woo Kim dan Jin-Sun Yang.



Peserta Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih hadiah bernilai RM20,000 dalam pertandingan akhir Program V Creator yang berlangsung di sini, baru-baru ini.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeterai kerjasama dengan Universiti Beihua, Universiti Sains dan Teknologi Pertanian Jilin, dan Institut Teknologi Kimia Jilin, China baru-baru ini.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertekad untuk terus menghasilkan graduan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang selaras dengan misi dan visi penubuhan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS selain kemudahan universiti yang disediakan.
Kelab Pendidikan Awal kanak-kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Program Kesedaran Hak Kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kindu, Tuaran, baru-baru ini.